Sunday 15 May 2016

Jalinan Masyarakat: Selesai Satu Babak Kehidupan







Alhamdulillah, selesai sudah sesi Jalinan Masyarakat kami yang diberi nama ASIS On Charity ini. Boleh baca entri sebelum ini, tersangatlah banyak dan semuanya menceritakan segala pahit manis kami sepanjang melaksanakan AOC ini. (K takde lah semua sangat. Banyak je perkara tak dimasukkan dalam blog.. contohnya macam sesi portmortem. Ehem. Haha)

Ya, pada akhirnya, tiada kata yang dapat menggambarkan kesyukuran dan kegembiraan kami kerana berjaya menyelesaikan salah satu kursus wajib universiti ini. Kesyukuran yang bertambah dua kali ganda kerana pelbagai pengalaman dan mutiara hidup dapat kami kutip walaupun ia merupakan sebuah 'jalinan' yang terancang. (Agak-agak sampai ke maksudnya? Susah juga ya menaip waktu petang mendung ni hmm..)

Jutaan terima kasih sepenuh sayang diucapkan kepada Dr. Madiha kerana sudi mengendali dan memerhatikan kami sehingga semua orang dapat A+ untuk subjek ini (akhirnya ada juga A+), terima kasih sepenuh hati untuk para MT yang bertungkus lumus bekerja dan mengetuai projek besar ini, sanggup melayan karenah 29 ketul manusia yang banyak ragam dan garam ini, sehinggalah sekarang tak habis lagi kerjanya (kami nak majlis penutup kat hotel dan sepersalinan baju k), juga kepada semua ketua unit dan ahli-ahli yang bergerak bersama-sama dari awal hingga akhirnya. Terima kasih The 12th Legendaries! Terbaik lah semua!


(Ehm.. dah berakhir ya rupanya. Macam awkward pula tiba-tiba stop. 
Oklah nak bagi pantun. Sila baca dengan penghayatan 100%)

Pisang emas dibawa belayar,
Takda yang masak..eh

K next

Buah cempedak di luar pagar,
Takda galah...

Hmm hambar lagi

Ok last.

.

.

.

Takda idea pula.
Mungkin ini balasan sebab menjahanamkan pantun warisan bangsa?
Sobs.

K lah K lah.

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan di kandung tanah,
Budi baik dikenang jua....

Terima kasih semua!
Semoga selepas ini kita dapat buat projek besar lagi!
Dan semoga Allah mengganjari dengan sebaik-baik ganjaran,
ameen Ya Rabb!

Till we meet again fellas.. Barakallahu fiik..


~Barisan warga ASIS'12~
(because we don't have proper picture during AOC..eheh)




Read More »

Wednesday 11 May 2016

Jalinan Masyarakat: Refleksi #5



Dua Dunia
Oleh: Syazwani Teh binti Asmadi


Di saat warga kota sedang menikmati hujan di rumah pada malam hari ,
Sedangkan gelandangan sibuk mencari tempat berteduh daripada tempiasnya hujan.

Di saat seisi rumah sedang diulit mimpi indah dek kesejukan melanda diri,
Para gelandangan sedang menanti bilakah hujan berhenti kerana tiada apa yang bisa membaluti diri.

Di saat orang lain tidur nyenyak di katil dan tilam yang empuk,
Mereka gelandangan terpaksa menahan gigitan-gigitan nyamuk serta serangga yang entah datang dari mana turut berlindung di tempat yang sama .

Manusia bersyukurlah dengan apa yang ada,
Jangan kau bongkak dan memandang hina terhadap gelandangan seperti mereka. Kerana mereka juga manusia biasa ...


JM Terakhir!
Oleh: Nur Azmina bt. Azlin


Perasaan. Tiba je tempat kejadian. Keluar kereta terus Nampak ada beberapa kotak atau longgok baju-baju terpakai yang masih elok. Cuma, terpinga seketika macam mana cara nak bagi pakaian-pakaian tu pada gelandangan yang ada. Sebab lain orang lain saiz so macam mana nak suruh diorang pilih saiz. tak tercapai dek akal. So aku pun lari la daripada mengagihkan baju-baju tu dan beralih ke tugasan yang lebih mudah. Cepat-cepat aku mengambil kit kebersihan banyak-banyak pada Intan. itu lebih mudah kerana hanya tinggal bagi.

Ketika berjalan sekeliling sambil memberi kit kesihatan tu, takut sebenarnya menyelubungi diri.. Muka gangster pun ada,yang banyak cakap pun ada. Tu yang lelaki la. So memang tak de lah ramahkan diri just cuba untuk berjaga-jaga . Perempuan sepanjang perjalanan hanya jumpa dua orang, sorang mengandung sorang lagi makcik dah la nampak gayanya.

Tak sampai sejam kit kebersihan habis, maka tamatlah program ini disusuli hujan yang sangat lebat. Dan kawan-kawan berjaya je bagi baju-naju tu. Hebat mereka. Tahniah. Huhu

Sampai tempat berkumpul tu ada 3 orang gelandangan yang berdiri dan pandang tak puas hati je kat kami.. Takut ooo... Mungkin kami bising kot. Ganggu dia nak tidur, Maaf..

Tujuan kami hanya untuk membantu. :)
Moga mereka akan mendapatkan kehidupan yang lebih baik dunia dan akhirat.




Syukur
Oleh: Noor Najihah Binti Ibrahim


10 Mei 2016 merupakan hari terakhir bagi program ASIS ON CHARITY di bawah subjek Jalinan Masyarakat. Pelbagai perasaan muncul dalam diri ini yang tidak dapat digambarkan kesemuanya. Sedih, penat, gembira dan bersyukur datang silih berganti kerana akhirnya program yang dirancang dari awal semester akhirnya berjaya melabuhkan tirai. Sepanjang program berlangsung, bermacam-macam perkara berlaku yang banyak meninggalkan kesan kepada kami semua terutamanya apabila melihat golongan yang kurang bernasib baik daripada kami. Mengulas tentang aktiviti terakhir kami iaitu Homeless 2.0, alhamdulillah kerana kami mendapat banyak sumbangan pakaian daripada pihak luar untuk diagihkan kepada golongan gelandangan yang ada di kawasan sekitar Masjid Jamek Kuala Lumpur. Kit-kit kebersihan juga diedarkan kepada mereka. Untuk aktiviti kali ini, kami bergerak secara sendiri iaitu akhowat menaiki kereta sewa, manakala ikhwah pula menaiki motorsikal masing-masing. Walaupun berlaku sedikit masalah pada awalnya dengan ada kereta yang tersesat dan cuaca yang hujan pada malam itu melambatkan sedikit pergerakan kami, tapi bersyukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya kami semua menyempurnakan kelima-lima program ASIS ON CHARITY ini. Pengalaman yang kami dapat kali ini sukar dicari. Semoga aktiviti-aktiviti kebajikan yang dijalankan bukanlah terhenti di sini sahaja. Sekian

Read More »

Jalinan Masyarakat #5 - Homeless 2.0



Dan akhirnya, siri AOC kita yang terakhir!


ASIS On Charity #5:
Bantuan Gelandangan, Sekitar Masjid Jamek



Siri Jalinan Masyarakat kami yang terakhir ini lain benar rasanya. Mungkin sebab ia yang terakhir. Tak pasti mana satu yang lebih menguasai, sedih sebab bakal berakhir, atau gembira kerana akhirnya ia akan berakhir? Haha k sambung

Seperti yang dirancang (seperti biasa juga, anjak antara 15 hingga 20 minit bagi masa yang diberi dalam tentatif - istighfar sahabat-sahabat), kami seramai 29 orang berjaya berkumpul di Kolej Kediaman Kelima bagi memulakan konvoi terakhir kami!

Malam yang dingin, sangat sesuai untuk berehat-rehat. Mungkin kerana itu jugalah, perjalanan konvoi kami lebih berliku berbanding biasa. Ya, tepat 11.05 malam, 4 buah kereta yang dinaiki akhawat dan 5 buah motosikal yang ditunggang ikhwah bergerak menuju destinasi. 

Tersilap masuk jalan, berhenti di tepi jalan beberapa kali untuk menunggu kereta yang lain, sibuk telefon dan whatsapp kereta di hadapan supaya memperlahankan kenderaan, sempat juga bergaduh manja supaya lebih cakna dengan kedudukan masing-masing, salah faham yang banyak tentang nak berhenti isi minyak atau tak lah, nak kumpul mana pun keliru, dan akhirnya kami selamat tiba di destinasi pada pukul 11.25 malam dalam suasana yang sangat sejuk.. ya, hujan! Hujan luar dan dalam. Dalam hati pun hujan XD

(Sengaja saya bercerita tentang segala-gala yang kecil dan remeh. Kenapa? Sebab saya yang tulis.)

Menunggu seketika untuk sebuah lagi kereta yang sempat pergi shopping sebelum memulakan misi Homeless kita. (K gurau bukan shopping. Jalan-jalan sikit je.) 

Tepat jam 11.45 malam, Saudara Hussin si timbalan pengarah yang super duper hebat memberi sedikit taklimat penerangan mengenai perjalanan program pada malam tersebut. Saudara berkenaan beri penerangan sahaja, kit kesihatan dan pakaian diuruskan oleh ahli-ahli lain yang diketuai oleh Unit Pengisian. Viral mesej hingga 1Malaysia tahu. Sumbangan pakaian datang dari 1Malaysia. Prihatin betul masyarakat kita kan? Agak-agak sebab apa? Sebab.. kita satu bangsa kita satu negara.. kita satu matlamat..woo..

Ok boleh berhenti menyanyi. 

11.55 malam. Misi bermula!

Hujan yang lebat, malam yang sangat sejuk, kami bergerak perlahan (kadang-kadang terborak dan gelak kuat jugalah) menuju para gelandangan yang kebanyakannya sudah melelapkan mata. Kit-kit kesihatan diedar, pakaian-pakaian cuba kami agih dan dapatkan saiz yang sesuai dengan mereka yang ada di sana. 

Masha Allah, dalam riang gelak tawa kami, dalam hati terselit rasa insaf dan syukur yang teramat pabila membandingkan kehidupan kami dengan mereka. Suasana yang sejuk, hujan lebat, air mengalir dan tempias merata-rata, tanpa teduhan dan dinding, tanpa selimut dan bantal, hanya ada kotak yang dijadikan alas, dan Tuhan yang sentiasa ada, apa lagi yang tersisa buat mereka?

Tiada. 

Sesekali datang bantuan dari insan sekeliling yang mencuba membantu meringankan beban. Memberi makanan, kadang kala pakaian, kadang kala peralatan, tetapi yang sentiasa ada? 

Tiada. Selain Dia, tiada.

Misi ini juga sekali sahaja kami adakan. Tidak dapat merubah banyak dalam kehidupan mereka.
Cukuplah sekali untuk menginsafi diri. 
Cukuplah sekali untuk membukti diri masih punya rasa.
Cukuplah sekali untuk memberi bahagia walau sedikit, 
kepada yang tetap bahagia walau tanpa kita.

Kerana sebenarnya yang lebih memerlukan itu ialah kita.

Kita perlukan jiwa yang lebih bersyukur atas kehidupan seharian yang sangat baik. 
Jiwa yang lebih lunak memerhati kesusahan yang lain.
Jiwa yang lebih tabah mengharung kehidupan walau susah payah langkah diteruskan.
Jiwa yang lebih mengimani Dia Yang Maha Lembut dan Maha Perkasa.

Jikalau mereka boleh, mengapa kita tidak? :)

Hujan makin lebat, akhirnya pada pukul 1.30 pagi, kit-kit kesihatan berjaya diagihkan. Pakaian pula banyak yang berlebihan, banyak juga yang basah, para gelandangan juga ramai yang sudah melelapkan mata. Kami memutuskan untuk kembali berkumpul di tempat bermula tadi. 

Kali ini kami juga menunggu sebahagian yang lain yang tiba-tiba pergi shopping tanpa dapat dikesan keberadaannya. (K gurau bukan shopping. Jalan-jalan sikit je.)

Tidak banyak yang dapat kami lakukan ketika itu kerana faktor cuaca. Saya agak, kalau tidak hujan pada malam itu, mungkin pukul 3 pagi barulah kita akan pulang semula ke UM. Nak beri ucapan terima kasih lagi, nak tangkap gambar lagi, nak masukkan barang pun setahun, tak gitu kawan-kawan? Haha gurau. Kami ni produktif orangnya. 

Setelah mereka yang pergi shopping, (jalan-jalan maksud saya), tiba di tempat berkumpul, kami pun bergerak pulang ke UM tepat pada pukul 2 pagi.

5 buah motosikal, 4 buah kereta, jalan yang agak lengang dan hujan renyai yang masih belum reda, konvoi kami sangat 'cooooool' pada malam berkenaan. Sampai sekarang rasa sejuk hingga ke tulang hitam pabila teringatkan jalinan yang terjalin (memang lah jalinan - terjalin, aduh). 

Maksud saya, akhirnya program Jalinan Masyarakat kami berakhir jua pada pukul 2.25 pagi, ketika semua orang sudah selamat tiba di kolej (tidak termasuk membersihkan diri, mencari laptop yang hilang, dan ayat-ayat terima kasih dalam grup whatsapp, dan postmortem bersama penyelaras terhebat kami - why am I even telling this?!) 

Ya kawan-kawan... JM kita sudah berakhir !!!! Alhamdulillah!!!!


***


(Tapi waktu tu tak rasa merdeka sangat, sebab kita ada A Valour Of  Nectar lagi, do you even remember? Oh how time flies...)




Read More »

Monday 9 May 2016

Jalinan Masyarakat: Refleksi #4

Assalamualaikum dan hai! Anda berada di sini lagi! Alhamdulillah Siri AOC kami yakni Homeless 1.0 dah berakhir! Siri Homeless yang pertama ini kami adakan kolaborasi dengan UNGGAS (Urusetia Menangani Gejala Sosial) yang tersangatlah awesome sebab buat di masjid, jadi setiap orang yang nak ambil bantuan tersebut, kena solat subuh dahulu. Bukankah baik bila dapat mengajak orang bersolat? Sis malas nak sembang banyak lagi. Jom baca apa kata kawan kita! :D



Rewang Subuh
Oleh: Wan Ali Abbas bin Wan Mustafa Kamal


Alhamdulillah, hari ni Feed Homeless 1.0 dapat dijayakan dengan cemerlang sekali. Jika ditanya apa yang cemerlang pada program ke-empat JM kali ni, mungkin saya akan katakan cemerlang sebab kami berpagian bekerjasama dalam satu pasukan membungkus nasi, packing sarapan dan edar ke sekitar Masjid Jamek. Tambahan pula Mami (ketua NGO Unggas Kota) cam bagi respon yang amat baik dan senyum memanjang sepanjang program berlangsung pada kami.

Bila terlibat dengan NGO ni, baru aku tahu yang kat dunia ni ada juga orang pelik yang sanggup korbankan tidurnya untuk sediakan sarapan kepada insan yang memerlukan (hakikatnya bukan sekadar waktu tidur, akan tetapi tenaga, wang, masa dan banyak lagi yang aku tak tahu nak senaraikan). Padahal mereka tak kenal orang yang mereka tolong tu. Terharu sungguh hati ini. Moga Allah mengganjari kalian dengan sebaik-baik ganjaran. 

Terharu, terharu juga. Namun begitu, emosi aku agak terganggu tatkala melihat longgokan dan taburan sampah sarap di sekitar komuniti gelandangan. Umpama disemai malam hari, berbuah pada paginya dan dipetik pada siangnya. Tak tahu mana datangnya sampah-sampah yang banyak tu (meskipun sangka buruk dah membuah dalam fikiran aku). Tetapi ada betulnya juga sangka buruk aku tu kan? Apalah nasib tukang sapu yang bertugas pada pagi ni.

Tak apa lah, apa-pun aku tak nak salahkan komuniti gelandangan atau mana-mana pihak bertanggung jawab itu sahaja. Mungkin ada betulnya sampah tu hasil daripada mereka. Atau mungkin sebab ada orang mabuk yang buat hal malam tadi. Atau mungkin majlis perbandaran cuti semalam. Atau mungkin ini kali pertama terjadinya fenomena semai sampah atas kaki lima dan mungkin aku je yang cerewet dengan jumlah sampah sedemikian.

Tetapi aku tak rasa kita patut abaikan dan ambil mudah dengan sampah berterabur begitu sahaja. Tak kiralah apa status kita, kita patut jaga kebersihan. Bukankah Islam mengajar kita bahawa kesucian sebahagian dari keimanann?

Risau juga hati ini. Angkara sampah, satu bandar kena wabak. Kita juga yang susah. Jadi sama-sama lah kita berbuat perkara kebaikan dan menjauhi kecelakaan dan salah satu caranya dengan memulihara kebersihan kawasan sekitar serta memelihara kebersihan agar berkekalan selamanya.

Rasanya itu sahaja dari saya. Terima kasih kerana sudi membaca. Maaf andai ada salah dan silap dalam teks ini.

*Mami jangan lupa baca coretan senja saya ni. Maaf sebab tak ikut serta sekali masa majlis penutup tu. Saya kurang sihat.

-ikhlas dari yang mencedok nasi berbaju biru-




Bukan pantun, bukan syair..
Oleh: Nurul Afiqah binti Anuar



Bukan pantun, bukan juga sajak, apatah lagi syair mahupun gurindam. Mungkinkah..

...
Ya Allah Ya Rahim,
Siapa yang berkuasa.
Ya Allah Ya Rahim,
Renungkanlah.

Malam itu, malam ku tidak di kolej juga di perumahan, 
tidak juga di atas katil yang empuk lagi nyaman, 
melainkan di bilik mesyuarat masjid ditemani rakan seperjuangan, 
bagi meneruskan misi jalinan masyarakat yang bagai tiada kesudahan.

Pagi keesokan, 
dikejut alarm bersahut-sahutan, 
kami bangun terpisat-pisat menyambut seruan Tuhan, 
memohon terhindar dari kelalaian, 
juga memohon keberkatan.

Pagi yang indah nian, 
dikelilingi kotaraya yang masih kesepian, 
tangan-tangan yang lincah bekerja kelihatan, 
bagi menyediakan makanan buat bekalan, 
tidak lupa baju-baju yang kami sediakan, 
buat warga kota khususnya gelandangan.

Dibalik mentari yang mengeluarkan sinaran, 
berdirinya sosok-sosok indah ciptaan Tuhan, 
mengedar makanan serta pakaian, 
kepada warga kota yang memerlukan.

Tatkala makanan diedarkan, 
ku lihat umat Muhammad penuh perasaan, 
Sungguh ar-Rahman dengan penuh kemurahan, 
fitrah manusia minta diisi tika kelaparan, 
 dari dekat pengamatan kudapatkan, 
melalui kacamata insan penuh kehinaan.

Di bawah sebuah gerakan, 
menambah rasa kekeluargaan, 
tidak lupa nilai tambah pengalaman, 
bersama sahabat dan juga teman.

Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya,
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba,
Kuasa harta wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara, 
Bila bicara bicaranya semua besar,
Mendabik dada besar egonya .

Sekian..




Coretan Homeless
Oleh: Fatin Nabiha bt. Kamaruddin


Perjalanan ini bermula setelah kami berpenat pulasan di rumah anak yatim petang itu. Homeless merupakan aktiviti ke-4 kami dalam program jalinan masyarakat. Petang itu setelah selesai beraktiviti di rumah anak yatim, kami bertolak pulang pada pukul 5 petang. Sampai di UM dalam pukul 6 petang. Setelah sampai kami mengambil masa untuk berehat di kolej sebentar sebelum berangkat kembali ke tempat seterusnya. Namun bagiku, masa untuk berehat di rasakan tidak adil kerana masih ada satu kumpulan kereta belum sampai di kolej. Di tambah pula keadaan pada waktu itu hujan lebat, dan tiba-tiba kami semua mendapat mesej di dalam kumpulan “Whatsapp” yang menyatakan mereka tersekat di luar pagar UM disebabkan oleh banjir kilat yang melanda. Diriku hanya mampu berdoa pada waktu itu agar mereka selamat sampai di kolej dengan jayanya. Mereka memberitahu bahawa kereta mereka tidak dapat meredah banjir tersebut. Akhirnya penantian itu berakhir apabila hujan semakin reda dan mereka selamat tiba di kolej.


Kami diberi masa sehingga pukul 9 malam untuk berkumpul di “UM Central”. Kami budak-budak kolej 8 dikehendaki untuk membawa baju-baju untuk diberi kepada homeless di sana. Walaupun baju-baju tersebut banyak untuk diangkut, namun hasil kerjasama baju-baju tersebut selamat sampai ke destinasi. Kali ini homeless kami dibuat di Masjid Jamek. Kami dikehendaki untuk tido di masjid tersebut kerana aktiviti memberi makanan kepada golongan gelandangan ini bermula jam 5.00 pagi. Apabila tepat jam 9 malam, jadual diubah untuk kami berkumpul di stesen lrt Kerinchi. Setelah sampai di Kerinchi, kami menunggu budak-budak kolej 5 untuk bergerak bersama. Beberapa minit kemudian, keputusan dibuat untuk kami bergerak dahulu disebabkan budak-budak kolej 5 akan sampai lewat sedikit. Akhirnya dalam keadaan yang penat, kami sampai di masjid Jamek. Indah mimpi dari rupa, kami mengharapkan dapat tido di dalam masjid yang beralaskan karpet tetapi kami diberi tido di dalam bilik mesyuarat. Hal ini kerana faktor keselamatan. Bagiku ini bukan pengalaman yang pertama kerana sudah terbiasa menghadapinya. Diriku hanya mampu mengucapkan syukur kerana sekurang-kurangnya kami dapat tido di dalam bilik yang berhawa dingin berbanding budak lelaki yang hanya beralaskan lantai masjid tanpa kipas angin dan bertemankan nyamuk. Beberapa minit kemudian, setelah tidak mempunyai tenaga untuk bersengkang mata, kami pun mengambil keputusan untuk tido.


Kira-kira pukul 5 pagi kami semua dikejutkan dari tido. Semasa turun dari bilik mesyuarakat, kami melihat sudah ramai pihak NGO sedang membungkus makanan dan air. Tanpa melengahkan masa, kami pun turut membantu mereka apa yang patut. Oh lupa untuk memberitahu, bagi aktiviti homeless kali ini kami menyertainya bersama pihak NGO. Hal ini kerana faktor keselamatan. Pihak kami tidak ketinggalan menyusun baju-baju untuk diberikan kepada para gelandangan tersebut. Setelah siap membungkus dan menyusun kami dipanggil untuk diberi sedikit taklimat. Kami juga diberi nasihat Do’s and Don’t’s oleh pihak NGO tersebut. Antaranya ialah:-
-Tidak memberi sumbangan dalam bentuk wang atau maklumat diri kepada gelandangan yang dijumpai 
-Tidak bertanyakan soalan yang sensitif. Hal ini kerana, mereka yang menjadi gelandangan ada yang mepunyai sebab tertentu seperti tidak mampu untuk menyewa bilik walaupun mereka bekerja di Kuala Lumpur.
-Tidak mengambil gambar mereka dengan cahaya flash yang akan menganggu tido mereka. 
-Layan mereka dengan penuh kasih sayang bukan dengan kebencian.
Setelah segala azimat nasihat diberikan kepada kami, kira-kira pukul 6.20 pagi kami pun bergerak untuk mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan tersebut. Tidak lama dalam beberapa minit kami berjalan, kami nampak tempat golongan gelendangan tersebut. Kekadang rasa sayu di hati melihat mereka tido di tepi kedai-kedai hanya beralaskan kotak. Pengajaran yang dapat ku simpulkan di sini ialah bersyukurlah dengan apa yang ada pada kamu sekarang. Kekadang kita rasa kita tidak mempunyai wang namun kita masih mempunyai tempat untuk tinggal. Kira-kira dalam setengah jam kami berlegar mengagihkan makanan, kami pun mengambil keputusan untuk kembali ke tempat asal. Semasa mengagihkan makanan, kami dapat melihat mereka berasa gembira dengan apa yang diberikan. Semoga itu dapat meringankan bebanmu wahai gelandangan. Manakala di tempat masjid tersebut, kami dapat melihat mereka sedang memilih pakaian-pakaian yang disusun di atas tikar. Terdetik di hatiku,”Sesungguhnya semua rezeki yang ada di atas bumi ini hanyalah milik Allah. Kita hanyalah manusia biasa yang tiada apa-apa.” Setelah selesai semua aktiviti pengagihan tersebut. Kami pun diagihkan sarapan pagi. Masing-masing duduk di atas tikar untuk menjamu selera dan membentuk satu bulatan yang panjang. Satu suasana yang seronok untuk dinikmati dan satu sunnah yang bagus untuk diamalkan. Tidak lama kemudian, diadakan sesi berkongsi dan sesi suai kenal bersama pihak NGO tersebut setelah kami selesai makan. Alhamdulillah,setelah selesai mengemas tempat tersebut,kami pun mengadakan sesi bergambar. Selesai sudah aktiviti ke-4 kami dalam program jalinan masyarakat ini. Tidak lupa ucapan terima kasih bagi pihak masjid Jamek yang membenarkan kami untuk bermalam di sana dan pihak NGO yang tidak segan silu menerima kami untuk menyertai mereka. Seterusnya,hanya menunggu aktiviti homeless ke-2 bagi mengakhiri program kami ini.



SEKIAN






Read More »

Sunday 8 May 2016

Jalinan Masyarakat #4 - Bantuan Gelandangan 1.0


Balik bilik, bersihkan badan, solat dan makan, berehat seketika lelapkan mata. Siri Jalinan Masyarakat kami yang ketiga yakni ke Rumah Kesayangan baru sahaja berakhir. Pulang ke kolej hanya untuk dapatkan sedikit ruang untuk diri sendiri, sebelum bergerak pula untuk siri AOC kami yang seterusnya.

Agak-agaknya ke mana .... ?



ASIS On Charity #4:
Bantuan Gelandangan 1.0


9 malam. Sepatutnya setiap ahli sudah berkumpul di hentian bas kolej masing-masing. Masha Allah penatnya tak hilang lagi. Akhirnya janji itu, ada yang tidak dapat penuhi. 

Ahli kolej 8 dan 10 bergabung dan bergerak bersama-sama menaiki teksi ke LRT Kerinchi. Tunggu punya tunggu sahabat dari kolej 5, tetapi tidak muncul tiba, akhirnya kami gerak dahulu.

Rupanya susah nak dapatkan teksi di situ, lama sangat tunggu. Kesudahannya, minta bantuan Ustaz Akbar lejen Nilam Puri kita supaya dihantar. Ikhwah pula naik moto, apa lagi! Alhamdulillah semua selamat tiba di Masjid Jamek lebih kurang 10.20 hingga 10.45 malam. Tidur cepat, esok nak bangun awal!

Tapi tiba-tiba sahaja, semua dah kena bangun dan bersiap untuk pembungkusan makanan. 4.50 pagi. Ikhwah sampai dahulu baru akhawat. Cenggini barulah 'arrijal qowwamuna 'alan nisa'... #PenunggangAgama 

Dengan arahan dari NGO Unggas, kami bersiap melaksanakan kerja kami pada awal pagi yang dingin itu. Bungkus nasi lemak, kuih muih, air panas dan air sejuk. Dengan pencahayaan yang kurang (selain cahaya keimanan dari ruang hati masing-masing), kami menyempurnakan tugasan sebelum azan subuh berkumandang.

Dalam masa yang sama, pakaian yang sudah kami bungkus khas untuk para gelandangan juga terpaksa dibuka dan dihampar di atas tikar. Pesan mereka,

"Nanti sewaktu mereka datang, pastikan seorang individu mengambil satu pasang baju sahaja. Kalau boleh jangan bagi ambil lebih. Takut mereka buat jualan pula. Dan untuk bagi adil kepada mereka yang datang lambat." -dengan sedikit olahan dari si penaip hee-

Kami berganti-ganti menunaikan solat subuh di masjid yang terkenal di seluruh negara itu. Usai sahaja imam membacakan doa, terus kami diserbu oleh orang ramai. Rupanya program yang dianjurkan oleh UNGGAS tersebut memang sudah sedia maklum oleh penduduk kawasan sekitar. Memang meriah dan khidmat masyarakat tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk berdekatan. Apatah lagi sebenarnya, program tersebut memang tidak dikhaskan kepada gelandangan sahaja bahkan terbuka kepada mereka yang kurang mampu. Memang terbaik!

Dan juga bertambah meriah sebab ada kami lah :P haha. Alhamdulillah, ramai yang singgah tikar-dihampar-pakaian kami itu. Tak tergambar rasanya melihat wajah-wajah girang memilih pakaian. Sayu hati melihat wanita yang sudah kelihatan berumur, memilih pakaian kanak-kanak. Rupa-rupanya dipilih untuk cucunya. Allahu. Nikmat apa lagi yang kita mahu dustakan?

Tidak lama kemudian, kami bergerak menuju ke kawasan sekitar Masjid Jamek untuk mengagihkan makanan dan pakaian. Beberapa orang daripada kami tinggal di kawasan masjid untuk menjaga barang dan meneruskan melayan tetamu subuh pada hari itu. Alhamdulillah tidak lama kemudian, sesi mengagih makanan sama ada di sekitar masjid atau dalam kawasan masjid, telah pun berjaya dilaksanakan!

Tiba masa untuk... makan! 

Selesai bersarapan (yang sangat sedap), kami berkumpul untuk sesi resolusi bersama NGO UNGGAS. Rata-rata daripada kami memang pertama kali menyertai projek gelandangan seperti ini. Kadang ibu ayah yang tak lepaskan anaknya keluar malam, kadang pula memang tiada masa dan kadang pula tiada peluang atau teman. Alhamdulillah, pengalaman yang sangat berharga untuk setiap daripada kami. Kan? 

Selesai resolusi dan sesi bergambar, kami terus bergerak kembali semula ke varsiti tercinta. Hujung minggu yang sangat bermanfaat untuk kami, berakhir juga. Penat tapi seronok. Walau banyak kekurangan dan kelemahan, tetapi mengakhirinya juga adalah sebuah kejayaan yang sangat bermakna! 

Tapi opsss.. belum habis lagi! Ada lagi satu projek Asis On Charity kita... Nantikan....   





Read More »

Jalinan Masyarakat: Refleksi #3

Kredit foto: Pautan

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera! ASIS On Charity siri yang ke-3 sudah pun berakhir. Siri yang boleh dikatakan sebagai klimaks dan puncak aktiviti Jalinan Masyarakat kami ini. Jadi jom baca apa kata kawan-kawan kita pada siri kali ini. Zasss!



#AbangHijau
Oleh: Muhammad Firdausulnaim bin Mohd Sabee


1- Dapat peroleh pengalaman baru sebab pertama kali datang dan bermain bersama-sama dengan anak-anak yatim ni.

2- Walaupun penat sebab buat pelbagai aktiviti, tapi penat tu semua hilang selepas tengok wajah-wajah anak-anak yatim ni semua gembira main game sama-sama.

3- Banyak bercerita dengan anak-anak yatim dan yang paling tidak disangka, banyak kisah-kisah para sahabat nabi yang anak-anak yatim ni tahu.

4- Kesian jugak tengok anak-anak yatim ni ada segelintir tu yang kena marah dengan kakak sorang ni*  :( tapi tak pasti la samada kakak tu marah betul-betul atau sekadar bergurau je.

5- Tapi sebenarnya yang paling sedih bila energizer elok-elok 'Kami HIJAU', tukar jadi biru pula. Part ni yang paling sedih. Sayalah #AbangHijau berkenaan. 

6- Part paling seronok bila berkongsi cerita dengan anak-anak yatim ni. Ada yang bermain teka-teki dengan anak-anak yatim ni.

7- Sekian sahaja perkongsian dari Abang Hijau. Majulah bersama #HIJAU !!!

*Nota kaki: Dilarang edit!!!




Fafa
Oleh: Fatin Rabiatul Adawiyah binti Mohamad


"Mak ayah saya ada tapi dia pindah Maghribi. Saya tak sedih, Saya kena kuat. Umi suruh saya kuat. Kalau tak kuat, Umi kata Allah tak sayang. Saya tak sedih pun." -Fafa

Luahan hati adik Fafa tanpa dipinta disebalik pintu bilik menunduk memandang lantai :'(
Terima kasih sebab bagi pengalaman yang cukup indah. Dan terima kasih sangat sebab sangat baik sepanjang program. Semoga berjaya adik adik. Akak love u, always❤




Cinta Dalam Hati
Dedikasi oleh: Ahmad Nawawi Bin Nawai


mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa dicintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dalam hidupmu, dalam hidupmu

telah lama kupendam perasaan ini
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku

ku ingin kau tahu
diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga hujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya

dan izinkan aku
memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja




Patah, tumbuh. Hilang, berganti.


Dari dulu, cadangan lawatan ke Rumah Anak Yatim tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Dari dulu juga, memang aku elakkan dari bersetuju dengan lawatan ke rumah anak yatim. Bukan tak menarik. Tak suka jauh sekali. Aku risau. Bukan mereka yang aku risau. Tapi aku.

Kebanyakan mereka sebaya ( masa di mana lawatan itu dicadangkan) dan aku pada usia itu masih mempunyai kedua ibu bapa,yang sangat aku bergantung pada mereka, dan cengeng. Takut aku tewas dengan emosi. Yang sepatutnya kedatangan aku memberi semangat, inspirasi bukan tambah menangisi.

Sudah 21 tahun. Dewasa. Umur yang sepatutnya sudah boleh dikira matang. Dah sedikit kebal (mungkin?) dengan permainan emosi. InsyaAllah.

Semangat kami bersengkang mata sediakan hiasan kata-kata hikmah untuk mereka yang rata-rata lingkungan umur 3-12 tahun. Sangat muda bukan? Aku kira kata-kata hikmah yang mudah difahami sudah sangat memadai sesuai dengan tahap umur mereka. 

"Usaha tangga kejayaan"
"Di mana ada kemahuan di situ ada jalan"

Pusat Jagaan Rumah Kesayangan.Tak seluas yang aku bayangkan. Tapi hidup. Meriah.


Sesi menghias Rumah Kesayangan:

"Akak, akak boleh tak tolong tuliskan madah ni."
" Boleh." :)

Guess what.

" Bila hati tenang, ruang yang sempit menjadi luas".
" Tuhan pencipta segala-galanya. Segala-galanya tidak akan terjadi tanpa izin Tuhan. Maka bersujudlah, dan hanya kepada Dia tempat kamu mengadu."


Seusia mereka aku masih bermain kejar-kejar dengan kawan lelaki yang lain. Keanak-anakan. Hingusan. Jauh daripada matang.

Tapi mereka? Pada usia itu sudah tahu apa itu ikhtilat, memikirkan kata-kata hikmah yang mungkin aku hanya dengar lepas aku jejak kaki ke sekolah menengah.

Cara percakapan sesetengah mereka lebih matang daripada usia mereka sendiri. Ya, mungkin kita ada kekurangan. Tapi Tuhan hadiahkan dengan kelebihan lain. Terkadang kelebihan itu lebih daripada orang lain.

Bukan umur yang mendefinisikan kematangan manusia. Hakikatnya kekuatan dan kematangan itu diperoleh melalui pengalaman. Kerana matang itu tidak terus dapat bersama-sama kelahiran kita. Dan tidak juga diwarisi mengikut turutan dalam adik-beradik. Yang sulung matang, maka makin ke akhir, matang itu semakin tinggal sedikit untuk diwarisi yang bongsu. Tidaklah begitu. Matang itu diperoleh daripada pengalaman. Jatuh, bangun, melihat dan belajar daripada orang sekeliling. 

Jangan bersedih setelah nikmat dan kelebihan yang kita ada ditarik semula. Yakinlah dengan ketetapan Tuhan. Kerana yang patah, akan tumbuh. Yang hilang kan berganti.

Read More »

Jalinan Masyarakat #3 - Ziarah Anak Yatim


Kredit: Google lah mana lagi


Pagi hujung minggu yang indah.
Sabtu, 7 Mei 2016.

Dengan semangat waja, luar masih gelap tapi mesej Whatsapp masuk bertalu-talu. Mohon semua bertabah dan luaskan mata, kita ada misi besar hari ini!

Apa misi kita kali ini?

***


ASIS On Charity #3:
Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RuKesa)


Malam sebelumnya..
6 Mei 2016, Hexagon Kolej Kediaman Kinabalu


          Sebagai persiapan untuk siri Jalinan Masyarakat Siri 3 dan 4, sebahagian besar ahli AOC yang menginap di Kolej Kediaman Ke-8 dan ke-4 telah berkumpul di 'hexagon' dan bilik salah seorang ahli di Kolej Lapan. Kumpul bukan sebarang kumpul. Kumpul mereka untuk melunaskan tanggungjawab dan amanah yang dipikul untuk masyarakat yang telah kami janji untuk diwujudkan ikatan perhatian dan kasih sayang. Fuhh ayat.


Barang dan pakaian yang berjaya dikumpulkan dari serata alam untuk diagihkan kepada anak-anak di RuKesa dan gelandangan.  

Sahabat-sahabat yang berkumpul di 'hexagon' pula diamanahkan untuk menyediakan barang perhiasan untuk sesi menghias pada keesokan harinya. *gambar tidak available kerana terlalu mahal untuk dipaparkan*

Hampir pukul 11.30pm, barulah segala persiapan selesai. Mohon berehat secukupnya! 


Misi bermula!
7 Mei 2016 


6.30 pagi, Stabak Kolej Kediaman Kinabalu

Perancangan asalnya, setiap orang berkumpul di Dataran Tunku Canselor sebelum bergerak ke RuKesa secara konvoi. Apakan daya, kita merancang, Allah juga merancang :) Akhirnya kami berkumpul di Kolej Kediaman Kinabalu supaya mudah proses pengagihan barang dan pengambilan sarapan yang ditempah di kafe kolej tersebut.

Nak dijadikan cerita, orang yang sudi meminjamkan kereta pada kami untuk program berkenaan, tidak dapat dihubungi sejak pagi! Apa lagi, ligat jugalah Unit Pengangkutan nak memikirkan solusi. Alhamdulillah, akhirnya kereta yang dimaksudkan sampai juga..

"Abam busy, jangan kacau."

Setelah cukup 5 buah kereta dan 5 biji motosikal, lebih kurang pukul 7.50 pagi, akhirnya kami pun bergerak ke Pusat Jagaan Rumah Kesayangan, Petaling Jaya.


8.10 a.m, Pusat Jagaan Rumah Kesayangan

Ya, kami selamat tiba di rumah berkenaan dalam masa lebih kurang 15 minit. Rupanya dekat sangat denagn varsiti tercinta ini. Sesampai sahaja kakak abang ini di teratak indah tersebut, terus nampak adik-adik beratur ibarat menyambut dan meraikan kehadiran kami ke situ. Wah, terasa sangat dihargai!

Selesai membawa turun barang dan kelengkapan 'perang kasih sayang' kami pada hari ini, terus saja kakak tudung ungu kita menguasai suasana dan semua diminta untuk berkumpul di ruang tamu. Ya.. Aktiviti pertama kami bakal bermula sebentar lagi!

Kakak ungu kita namanya Kak Nur.

Aktiviti pertama kami sudah tentulah.. ice breaking ! Mula-mula Kak Nur minta kumpul ikut umur, kemudian kumpul ikut warna yang dipilih pula. Adik-adik ni pandai pilih kawan.. Kawan baik dia pi warna biru, semua berkumpul di warna biru. Habis warna merah dengan warna kuning cuma ada dua orang sahaja setiap satu. Itu pun sebab kakak fasi cepat-cepat tahan baju adik-adik ni biar stay kat kumpulan dia. Alahai, sabar je lah kita.

Kemudian Kak Adda bahagikan kumpulan untuk adik-adik ini. Oleh sebab adik-adik ini mempunyai julat umur yang agak besar yakni dari bayi hinggalah 12 tahun, maka pembahagian kumpulan pun mengambil masa yang agak lama. Nasib baik tiada modul atau game untuk pembentukan kumpulan ni. Kalau tak.. hakak pun tak sanggup nak bayangkan betapa sukarnya nak memahamkan adik-adik ini.

Selesai ice breaking kami sarapan pula. Lapar sungguh sebab dari pagi angkat barang sana sini sebagai persiapan. Dari awal sampai hinggalah sekarang, kami sentiasa pastikan adik-adik dapat berinteraksi dan peluang yang sama untuk duduk bersama-sama kami. Adik-adik ini sangat ramah dan tak takut dengan orang luar seperti kami. Manja pun ada. Makan nak bersuap. Kakak makan pun bercatu. Hihi.

Apapun tahniah diucapkan untuk team makanan untuk air dan sarapan yang awesome! Kakak abang dengan adik-adik sangat kenyang dan bersemangat nak teruskan aktiviti seterusnya!

9.20 pagi. Al-Aqlu Salim Fil Jismi Salim.

Jom pergi ke halaman rumah!

(Maka bertebaranlah anak Adam di atas bumi ini, mencari selipar dan memenuhi halaman luar teratak indah ini.)


Sesi pemanasan badan sebelum sukaneka dimulakan!


Permainan sukaneka kami yang pertama; cari gula-gula dalam tepung! Adik-adik ni sangat teruja nampak tepung. Main sampai hilang tepung jadi debu! Hehe..gurau saja.


Dahsyat adik kita 'tiup' tepung.

Selesai saja main tepung, kelam kabut kakak abang ni susun atur barang untuk permainan yang seterusnya. Permainan next kita.. isi air dalam botol menggunakan span!


Adik-adik ni sangat teruja main, tak sempat kakak nak turunkan ilmu memerah span dengan hasil yang maksimum. Haha. Akhirnya terima je lah air yang mengalir turun ke lantai instead of masuk dalam botol. Yang penting adik-adik gembira, itu sudah sangat cukup buat kami :)

Selesai main span, kita main belon pula. Risau hakak kalau-kalau pesta liar di Pantai Irama berulang kembali (gelak jahat).



Macam mana cara main permainan ini? Setiap orang beratur mengikut kumpulan. Belon yang berisi air akan dicampak ke belakang, dan orang belakang kena sambut dengan pantas sebelum belon jatuh, pecah dan basah!

Tapi itu tidak berlaku dalam permainan kali ini.

Adik-adik banyak lagi tenaga pada waktu pagi begini. Ada belon yang dicampak oleh orang pertama terus sampai ke orang yang terakhir beratur. Ada juga belon yang nyaris melepasi pagar dan masuk ke rumah sebelah! Yang paling mengharukan, rupanya ada yang tak faham arahan dengan jelas. Belon diberi dengan sopan santun dan secara berhadapan pula. Dan semua belon yang jatuh, tiada satu pun yang pecah. Belon mahal, gituh.

Belon yang ada, takkan disia-siakan begitu sahaja!

Di akhir permainan, setiap adik memegang sebiji belon tersebut, dalam kiraan tiga, belon dicampak ke atas ala-ala campak topi konvokensyen! Wah, suka betul semua orang main tak terkecuali kakak abang kita. Halaman rumah basah, adik kakak abang semua basah, dalam hati pun basah. Basah dengan apa? Basah dengan kegembiraan.. Besar pahalanya membuatkan anak-anak ini gembira :)

Selesai sesi campak-pecah-basah, kita pergi ke sesi penggambaran pula!


- Feeling happy :)

Selesai bergambar, semua berehat usai sukaneka yang ringkas tetapi tetap memenatkan. Halaman rumah dibersihkan, kakak dan abang sibuk bersiap untuk aktiviti seterusnya. Aktiviti apa? Haa..


10.20 pagi. Slot 'I Am Genius'

Dalam slot ini, setiap adik dibahagikan mengikut tahap dan tahun pembelajaran. Tahap 2, Tahap 1 dan tadika. Setiap kumpulan juga akan diawasi oleh fasililator yang terdiri daripada kami sendiri.

Kumpulan Tahap 2 dikumpulkan di bahagian hadapan ruang tamu, Kumpulan Tahap 1 berada di bahagian tengah dan Kumpulan Tadika ditempatkan di bahagian belakang.

Modul yang disediakan ialah Modul Bahasa Inggeris dan Matematik. Tahap kefahaman adik-adik ini sangat berbeza, membuatkan pengajaran one-to-one adalah lebih berkesan.

Rumah yang agak sesak, adik-adik yang pelbagai ragam dan barisan fasililator yang semangat lagi berwibawa, sangat memeriahkan slot kami pada tengahari tersebut.

Kumpulan tadika dengan aktiviti yang lebih santai :)

Tahap 1 dan Tahap 2. Semua semangat dan sangat tekun!

Ketika slot ini juga, adik-adik yang berada dalam Tahun 6 tidak dapat menyertai kami kerana menghadiri kelas tambahan di sekolah. Sebenarnya kagum dengan semangat adik-adik ini belajar. Kakak dah suruh berhenti pun mereka minta lagi. Semoga berjaya adik-adik dalam pelajaran dan mampu menyumbang untuk masyarakat lain pula! :)

Tepat pada pukul 12 tengahari, slot ini berakhir dan semua menunggu untuk aktiviti seterusnya.


12.20 tengahari, Majlis Penutup

Sebelum majlis penutup dimulakan, setiap peserta diminta beratur mengikut kumpulan masing-masing. Walau pun waktu sudah menunjukkan ke angka 12, tetapi adik-adik ini tetap bertenaga bagai tidak berkurangan. (senyum sambil peluh menitis di dahi)

Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah untuk kumpulan yang memenangi acara sukaneka tadi. Memang susah nak diteka kumpulan mana yang menjuarai sukaneka kita sebab kebanyakan potensi adik-adik ni sama rata. Apa pun tahniah pada adik-adik yang berjaya! (akak harap adik baca)


Kumpulan saguhati dapat lolipop :D

Nombor 3 digondol oleh Kumpulan ! !

Kumpulan 2, sesuai dengan namanya, di tempat kedua.

Gyeah ini dia muka-muka juara dari Kumpulan 1.


Ucapan wakil RUKESA :)


Penyampaian cenderahati kepada warga RUKESA. Plak mahal weh naik flight dia nak mari sini.

Majlis penutup checked!

Agenda yang sepatutnya selepas ini ialah makan tengahari. Makanan sampai lambat, jadi kami berehat a.k.a menyembang huhuhu.


Paling best bila adik-adik buka buku balik ^^ 

Sementara menunggu nasi yang masih tabah mengharung kesesakan jalan raya dan arah jalan yang berubah tiba-tiba, penyelaras AOC kita sampai yakni Dr. Madiha bersama suami dan anaknya! Apa lagi, kita bergambar!


One Big Family!~

Kalau boleh nak melekat ke bumbung.. Terbaik photographer kita !


Kemudian zuhur masuk, kami solat, nasi pula sampai, kami pun makan, lepas tu ? Tarannanananaa~


3 petang, Aktiviti Menghias

Ya, aktiviti terakhir kita!

Segala aktiviti sebelum ini kami lakukan di rumah anak-anak perempuan. Untuk aktiviti ini, pastilah kami dibahagi kepada dua kumpulan, sebuah kumpulan bertanggungjawab untuk bekerja di rumah perempuan dan sekumpulan lagi di rumah lelaki yang berada agak jauh dari rumah perempuan. Lebih kurang pukul 3 petang, kami bergerak dan memulakan aktiviti menghias kami!

Agak-agak cantik dan menjadi tak agenda hiasan kami?


Persiapan di rumah perempuan.

Rumah lelaki !

Antara hasil awesome di rumah perempuan 

Dan antara hasil nakal oleh adik-adik kita di rumah lelaki.

Malam ni tidoq mimpi Spiderman la adik-adik kita...

Penat tu tak mau ceritalah. Dalam benak masing-masing teringat program AOC yang bakal dijalankan malam ini. Tapi tanggungjawab di hadapan mata, wajib dilunaskan terlebih dahulu.

Survey rumah syurga ini untuk diletakkan hiasan yang paling sesuai, proses membeli barang, menggunting melukis mewarna barang perhiasan sejak masih berada di kolej, sesampainya pada hari kejadian, bersungguh pula mana nak lukis mana nak menampal, harus juga sambil itu memerhati dan sentiasa beramah mesra dengan adik-adik ini, semua ini bukan suatu proses yang mudah. Ini baru part hiasan, ada lagi sejuta proses dan gerak kerja yang tidak diceritakan disini. Dalam waktu begini, siapakah yang paling setia memberi motivasi? 

Niat yang betul, hanya kerana Allah. InsyaAllah. 

Lebih kurang jam 5.30 hingga 6.30 petang, masing-masing daripada kami bergerak pulang ke Universiti Malaya setelah selesai tugasan di Rumah Kesayangan kami ini :)

Alhamdulillah telah selesai program AOC kami; Ziarah Anak Yatim pada kali ini. Rasa sebak jugalah nak tinggalkan adik-adik, cuaca pun dah mula gelap dan hujan renyai. Mungkinkah kita akan berjumpa di masa akan datang? InsyaAllah mudah-mudahan! 


Duhai kekanda, usah membisu mengapa kau bersedih?
Duhai kekanda kurasa sayu mengapa kau begitu?
Dinihari, petang menanti, kesepian..

Duhai adik kau tak mengerti mengapa ku begini
Kukenangkan kisah silam memori indah bersama
Apakah saat itu akan berulang?
Kuharap saat itu akan berulang..

***


And just let pictures tell you the hidden stories..
























***

Plot Twist: Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di remang senja hingga banjir pula.. (to be continued in special post insyaAllah)


Read More »