Showing posts with label APIDS. Show all posts
Showing posts with label APIDS. Show all posts

Sunday, 8 May 2016

Jalinan Masyarakat #4 - Bantuan Gelandangan 1.0


Balik bilik, bersihkan badan, solat dan makan, berehat seketika lelapkan mata. Siri Jalinan Masyarakat kami yang ketiga yakni ke Rumah Kesayangan baru sahaja berakhir. Pulang ke kolej hanya untuk dapatkan sedikit ruang untuk diri sendiri, sebelum bergerak pula untuk siri AOC kami yang seterusnya.

Agak-agaknya ke mana .... ?



ASIS On Charity #4:
Bantuan Gelandangan 1.0


9 malam. Sepatutnya setiap ahli sudah berkumpul di hentian bas kolej masing-masing. Masha Allah penatnya tak hilang lagi. Akhirnya janji itu, ada yang tidak dapat penuhi. 

Ahli kolej 8 dan 10 bergabung dan bergerak bersama-sama menaiki teksi ke LRT Kerinchi. Tunggu punya tunggu sahabat dari kolej 5, tetapi tidak muncul tiba, akhirnya kami gerak dahulu.

Rupanya susah nak dapatkan teksi di situ, lama sangat tunggu. Kesudahannya, minta bantuan Ustaz Akbar lejen Nilam Puri kita supaya dihantar. Ikhwah pula naik moto, apa lagi! Alhamdulillah semua selamat tiba di Masjid Jamek lebih kurang 10.20 hingga 10.45 malam. Tidur cepat, esok nak bangun awal!

Tapi tiba-tiba sahaja, semua dah kena bangun dan bersiap untuk pembungkusan makanan. 4.50 pagi. Ikhwah sampai dahulu baru akhawat. Cenggini barulah 'arrijal qowwamuna 'alan nisa'... #PenunggangAgama 

Dengan arahan dari NGO Unggas, kami bersiap melaksanakan kerja kami pada awal pagi yang dingin itu. Bungkus nasi lemak, kuih muih, air panas dan air sejuk. Dengan pencahayaan yang kurang (selain cahaya keimanan dari ruang hati masing-masing), kami menyempurnakan tugasan sebelum azan subuh berkumandang.

Dalam masa yang sama, pakaian yang sudah kami bungkus khas untuk para gelandangan juga terpaksa dibuka dan dihampar di atas tikar. Pesan mereka,

"Nanti sewaktu mereka datang, pastikan seorang individu mengambil satu pasang baju sahaja. Kalau boleh jangan bagi ambil lebih. Takut mereka buat jualan pula. Dan untuk bagi adil kepada mereka yang datang lambat." -dengan sedikit olahan dari si penaip hee-

Kami berganti-ganti menunaikan solat subuh di masjid yang terkenal di seluruh negara itu. Usai sahaja imam membacakan doa, terus kami diserbu oleh orang ramai. Rupanya program yang dianjurkan oleh UNGGAS tersebut memang sudah sedia maklum oleh penduduk kawasan sekitar. Memang meriah dan khidmat masyarakat tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk berdekatan. Apatah lagi sebenarnya, program tersebut memang tidak dikhaskan kepada gelandangan sahaja bahkan terbuka kepada mereka yang kurang mampu. Memang terbaik!

Dan juga bertambah meriah sebab ada kami lah :P haha. Alhamdulillah, ramai yang singgah tikar-dihampar-pakaian kami itu. Tak tergambar rasanya melihat wajah-wajah girang memilih pakaian. Sayu hati melihat wanita yang sudah kelihatan berumur, memilih pakaian kanak-kanak. Rupa-rupanya dipilih untuk cucunya. Allahu. Nikmat apa lagi yang kita mahu dustakan?

Tidak lama kemudian, kami bergerak menuju ke kawasan sekitar Masjid Jamek untuk mengagihkan makanan dan pakaian. Beberapa orang daripada kami tinggal di kawasan masjid untuk menjaga barang dan meneruskan melayan tetamu subuh pada hari itu. Alhamdulillah tidak lama kemudian, sesi mengagih makanan sama ada di sekitar masjid atau dalam kawasan masjid, telah pun berjaya dilaksanakan!

Tiba masa untuk... makan! 

Selesai bersarapan (yang sangat sedap), kami berkumpul untuk sesi resolusi bersama NGO UNGGAS. Rata-rata daripada kami memang pertama kali menyertai projek gelandangan seperti ini. Kadang ibu ayah yang tak lepaskan anaknya keluar malam, kadang pula memang tiada masa dan kadang pula tiada peluang atau teman. Alhamdulillah, pengalaman yang sangat berharga untuk setiap daripada kami. Kan? 

Selesai resolusi dan sesi bergambar, kami terus bergerak kembali semula ke varsiti tercinta. Hujung minggu yang sangat bermanfaat untuk kami, berakhir juga. Penat tapi seronok. Walau banyak kekurangan dan kelemahan, tetapi mengakhirinya juga adalah sebuah kejayaan yang sangat bermakna! 

Tapi opsss.. belum habis lagi! Ada lagi satu projek Asis On Charity kita... Nantikan....   





Read More »

Thursday, 5 June 2014

UMKL~ Satu Perjalanan Bermula

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

        Rasanya sudah lama blog ni dibiarkan berhabuk dan bersawang. Jadi, entri kali ini mengisahkan perjalanan kami, warga APIDS batch ke-12 mengorak langkah sebagai ‘abid-Nya dalam menempuhi kehidupan yang penuh cabaran di Universiti Malaya Kuala Lumpur.

        Tanggal 25 Mei 2014 menjadi detik bersejarah buat kami menjejakkan kami di bumi ini. Minggu Haluan Siswa (MHS) selama seminggu itu terasa singkat sekali. Rasa sangat bersyukur ditempatkan dalam course ini.

        Sepanjang MHS, senior2 sanggup korbankan cuti mereka semata-mata ukhuwwah fillah ini. Senior2 di Akademi Pengajian Islam (API) juga tak  lepaskan peluang untuk menyambut kami yang masih setahun jagung ini.Terasa  seperti sebuah keluarga besar di sini walaupun jauh di perantauan. Di UMKL, keluarga APIDS bergabung dengan Lajnah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (SMPIS)/ Sarjana Muda Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat (SMPITM). Dulu, lajnah ini digelar Lajnah SGPI/ASIS/APIDS. Namun, disebabkan kami batch pertama yang ditukar syllabus, maka, nama lajnah pun ditukar. MHS kali ni  sangat seronok sebab senior dari API berkongsi pengalaman belajar mereka semasa belajar di Pusat Asasi Sains UM (PASUM) dan tips2 utk cemerlang dalam pengajian di PASUM ini.

       Dalam lajnah ini, kita ada penyelaras program iaitu Prof. Madya Datin Dr. Noor Naemah bt. Abdul Rahman . Beliau seorang yang bersifat keibuan dan sangat mudah didekati. Tak lupa juga kepada Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen bin Shaikh Mohd Salleh selaku pensyarah dan pakar perunding SGPI yang sgt komited dan prihatin terhadap para pelajarnya.

Prof. Madya Datin Dr. Noor Naemah bt. Abdul Rahman


Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen bin Shaikh Mohd Salleh


       Dalam keluarga besar ini, pelbagai program dianjurkan bagi merapatkan ikatan antara batch. Antaranya ialah Hari Interaksi di mana semua batch berkumpul  dan membuat aktiviti bersama-sama. Selain itu, trdapat juga Hari Graduan, Memorizing Iftor of The Heart (MIFTAH), Malam Apresiasi ASIS dan  Program AHLAN ( A Harmonious Linkage Among Novices ), khas buat adik2 APIDS yang berada di Nilam Puri. Dalam program AHLAN ini, pelajar APIDS tahun ke-2 di UMKl akn turun padang ke UM Nilam Puri untuk bertemu adik2 dan memberikan gambaran selepas meninggalkan Nilam Puri nanti.

      Di sini, ingin saya titipkan pesanan2 drpd pensyarah2 dan senior2 sepnjang MHS buat renungan kita bersama.
  • ·         Laksanakan amanah ibu bapa kepada kita, iaitu utk menuntut ilmu di sini. Kebanyakan pelajar mengalami ‘culture shock’ yang akhirnya merugikan diri sendiri. Moga-moga Allah memelihara kita.
  • ·         Kehidupan di UMKl jauh sekali bezanya dengan Nilam Puri.
  • ·         Ingatlah bahawa yang perlu dicari itu adalah ilmu, jodoh sudah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
  • ·         Jagalah adab dengan semua, tak kira sama ada adab dengan Allah, ibu bapa, pensyarah, kawan2 dan orang sekeliling kita krn keberkatan adalah benda yang kita tak nmpak, tp, kesannya sangat besar!
  • ·         Jangan rendah diri, tapi rendahkanlah hati.
  • ·         Banyakkan berdikari. Sedarlah bahawa kita bukan lagi murid sekolah rendah yang menunggu utk disuapkan.
  • ·         Tahu priority sesuatu kerja.
  • ·         Good in time management.
  • ·         Jangan pendamkan masalah sendiri. Berceritalah pada org lain.
  • ·         Buatlah sesuatu yg melangkaui 4K, kuliah, katil,kafe dan computer.
  • ·         Pastikan kaedah belajar anda sesuai dengan pembelajaran di university.
  • ·         Jangan jadikan sekularisasi dalam diri kita. Apabila anda melihat mikrob di bawah mikroskop, ketahuilah bahawa sebenarnya anda sedang melihat kebesaran dan keagungan Allah S.W.T.


Hanya sekadar ini sahaja yang mampu saya kongsikan pada kali ini. Saya mohon maaf andai kata-kata saya mengguris hati mana-mana pihak. Jika ada sebarang komen atau pertanyaan boleh dipostkan di ruangan komen di bawah.
Read More »

Thursday, 23 January 2014

AHLAN 2.0

Assalamualaikum..
Maaf kerana lama tidak meng 'update' blog APIDS..
Di sebabkan kesibukan dan masa yang tidak mengizinkan
Akhirnya terbit juga post seterusnya..

AHLAN? Ye.. AHLAN 2.0!!

Pada 11 Januari 2014, APIDS '94 sekali lagi mengadakan Program AHLAN 2.0 di APIUM , Nilam Puri..
Dan kali ini berbeza sedikit dengan AHLAN 1.0
 dimana selain mengeratkan lagi ukhwah antara senior dan junior APIDS,
 Kami APIDS '95 di Nilam Puri didedahkan dengan Kehidupan di PASUM, Kolej Kediaman 12 , Program SGPI / ASIS DAN SEMPIS (Ijazah).. 

Comel-comel kakak- kakak senior ni.. :)

Kakak-kakak dan Abang senior yang kini di peringkat IJAZAH dan MASTER
 turut hadir menemui kami ..Maklumat , tips-tips dan nasihat yang diberikan amat berguna dan akan kami praktikkan di PASUM nanti.. :)


Pembantu Tadbir : Cik Rohani Mohamed Arifin 
Pembantu Tadbir dari UMKL juga hadir bagi menjawab persoalan kami berkaitan pengurusan akademik.
Kami panggil beliau Kak Ani..
Mula-mula kami ingatkan Kak Ani pelajar Master,
Rupa-rupanya staff dari UMKL.
Terkejut juga kami bila dapat tahu..
Terima Kasih Kak Ani kerana sudi lawat kami di Kelantan..

Penutup AHLAN dirasmikan oleh Ust. Khairul Akhbar yang disayangi...
 Ust. Khairul Akhbar sanggup datang meraikan AHLAN 2.0 walaupun beliau sibuk menyiapkan thesis Masternya..Hanya beberapa minggu saja lagi sebelum tarikh tamat penghantaran thesisnya..
Doakan ustaz ye kawan-kawan!!

AKTIVITI SEPANJANG AHLAN 2.0:


Solat Dhuha berjemaah

Riadah Pagi


Our Breakfast..yummy~


Pengenalan Program Ijazah Sarjana Muda oleh Abang Syahmi Khalil
Super Senior  ^_^

Kami masak sendiri lunch kami..









Kuliah Maghrib

Solat Maghrib Berjemaah

Sesi Resolusi

Game

Selesai Program AHLAN kami mengambil gambar sebagai kenang-kenangan..














Sekian.. Terima Kasih  ^ ^ 






Read More »

Saturday, 19 October 2013

A.P.I.D.S?



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmair Rahim

 InsyaAllah, post kali ini adalah khas untuk calon-calon SPM dan lepasan SPM.
Post ini akan menerangkan serba sedikit tentang APIDS. Semestinya kebanyakan lepasan SPM akan tercari-cari bidang apa, IPT mana yang sesuai untuk menyambung pelajaran. Dan bagi yang memohon Asasi Pengajian Islam Dan Sains pasti inginkan pencerahan dan keterangan tentang program asasi ini. Bagi yang belum memohon mana-mana program pasti ingin menyelidik setiap program sebelum memilih mana-mana program. Maka, kami berbesar hati untuk berkongsi beberapa maklumat tentang APIDS dengan kalian. Diharap, post yang simple ini dapat membantu sedikit sebanyak. InsyaAllah. Selamat membaca! 

 


Apa itu APIDS?


APIDS ialah singkatan kepada Asasi Pengajian Islam Dan Sains yang ditawarkan di Universiti Malaya. 






Sejarah APIDS


Bermula sesi 2003/2004, Program Integrasi APIUM sekali lagi diubah kepada Program Asasi yang menawarkan program Asasi Syariah, Asasi Usuluddin, Asasi Pendidikan Islam dan Asasi Pengajian Islam dengan Sains.



Mulai sesi 2013/2014 pula, Program Asasi di APIUM sekali lagi diubah kepada Program Asasi Pengajian Islam dan Asasi Pengajian Islam Dan Sains. Program Asasi ini merupakan program persediaan bagi pelajar sebelum melanjutkan pengajian di APIUM Kuala Lumpur.




Tempoh Pengajian APIDS


Program Asasi Pengajian Islam Dan Sains dijalankan secara sepenuh masa dan keperluan kredit adalah sebanyak 73 kredit dengan tempoh pengajian selama 2 tahun (4 semester biasa). Asasi Pengajian Islam Dan Sains dilaksanakan di kampus Nilam Puri selama 2 semester dan 2 semester lagi akan dijalankan di kampus induk Kuala Lumpur.




Kursus APIDS




Subjek di kampus Nilam Puri:

·         Foundation English I

·         Foundation English II

·         Foundation English III

·         Qawaid al-Lughah al-‘Arabiyah

·         Maharah al-Kitabah

·         Maharah al-Kalam

·         Al-‘Arabiyah lil ‘Ulum wa al-Tiknulujiya

·         Al-Balaghah

·         At-Tasawwur al-Islami

·         Madkhal al-‘Aqidah al-Islamiyah

·         Ulum al-Quran wal Hadith

·         Usul Syariah

·         Praktikal Ibadat

·         Ahadith Mukhtarah

·         Fiqh Sirah

·         Fann at-Tajwid wa Tilawah I

·         Fann at-Tajwid wa Tilawah II




Subjek di kampus induk Kuala Lumpur
·         Algebra & Geometri

·         Kalkulus

·         Algebra & Kalkulus

·         Statistik & Kebarangkalian

·         Teknologi Maklumat

·         Kimia Asas 1

·         Kimia Asas 2

·         Kimia Asas 3

·         Kimia Asas 4

·         Biologi Sel*

·         Pembiakan, Ekologi & Perkembangan*

·         Organisma*

·         Fisiologi Organisma*

·         Genetik & Teknologi DNA*

·         Sains Komputer 1+

·         Sains Komputer 2+

·         Fizik Asas 1+

·         Fizik Asas 2+

·         Fizik Asas 3+

·         Fizik Asas 4+


+ Untuk pelajar pengkhususan Sains Fizikal

*Untuk pelajar pengkhususan Sains Hayat





Syarat Kelayakan APIDS






Program APIDS hanya ditawarkan kepada pelajar aliran Sains.



Mendapat kepujian dengan Gred B pada peringkat
SPM dalam mata pelajaran Bahasa Arab; 

dan 

Mendapat kepujian dengan Gred A pada peringkat SPM dalam salah SATU (1) mata pelajaran berikut:
 Pendidikan Islam
 Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
 Pendidikan Syariah Islamiah
 Tasawwur Islam 

dan 

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian Gred B
pada peringkat SPM dalam mata pelajaran
Matematik atau Matematik Tambahan; 

Dan 

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian dengan Gred B pada peringkat SPM dalam mana-mana DUA (2) mata pelajaran berikut:
 Fizik
 Kimia
 Biologi
 Matematik Tambahan
 Sains
 Sains Pertanian
 Teknologi Maklumat
 Geografi 

dan 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris 

dan 

Lulus Temuduga.






Kelayakan Kemasukan ke Program Ijazah Pertama di Universiti Malaya



(a) Pelajar Asasi akan ditawarkan ke program Ijazah Pertama apabila telah selesai 73 jam kredit bagi pelajar Asasi Pengajian Islam Dan Sains dalam tempoh yang ditetapkan.



(b) Pelajar Asasi Pengajian Islam dan Asasi Pengajian Islam Dan Sains hanya akan disalurkan kepada Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya sahaja.



(c) Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET) dan mencapai sekurang-kurangnya Band 3.























Read More »