Thursday, 23 January 2014

AHLAN 2.0

Assalamualaikum..
Maaf kerana lama tidak meng 'update' blog APIDS..
Di sebabkan kesibukan dan masa yang tidak mengizinkan
Akhirnya terbit juga post seterusnya..

AHLAN? Ye.. AHLAN 2.0!!

Pada 11 Januari 2014, APIDS '94 sekali lagi mengadakan Program AHLAN 2.0 di APIUM , Nilam Puri..
Dan kali ini berbeza sedikit dengan AHLAN 1.0
 dimana selain mengeratkan lagi ukhwah antara senior dan junior APIDS,
 Kami APIDS '95 di Nilam Puri didedahkan dengan Kehidupan di PASUM, Kolej Kediaman 12 , Program SGPI / ASIS DAN SEMPIS (Ijazah).. 

Comel-comel kakak- kakak senior ni.. :)

Kakak-kakak dan Abang senior yang kini di peringkat IJAZAH dan MASTER
 turut hadir menemui kami ..Maklumat , tips-tips dan nasihat yang diberikan amat berguna dan akan kami praktikkan di PASUM nanti.. :)


Pembantu Tadbir : Cik Rohani Mohamed Arifin 
Pembantu Tadbir dari UMKL juga hadir bagi menjawab persoalan kami berkaitan pengurusan akademik.
Kami panggil beliau Kak Ani..
Mula-mula kami ingatkan Kak Ani pelajar Master,
Rupa-rupanya staff dari UMKL.
Terkejut juga kami bila dapat tahu..
Terima Kasih Kak Ani kerana sudi lawat kami di Kelantan..

Penutup AHLAN dirasmikan oleh Ust. Khairul Akhbar yang disayangi...
 Ust. Khairul Akhbar sanggup datang meraikan AHLAN 2.0 walaupun beliau sibuk menyiapkan thesis Masternya..Hanya beberapa minggu saja lagi sebelum tarikh tamat penghantaran thesisnya..
Doakan ustaz ye kawan-kawan!!

AKTIVITI SEPANJANG AHLAN 2.0:


Solat Dhuha berjemaah

Riadah Pagi


Our Breakfast..yummy~


Pengenalan Program Ijazah Sarjana Muda oleh Abang Syahmi Khalil
Super Senior  ^_^

Kami masak sendiri lunch kami..









Kuliah Maghrib

Solat Maghrib Berjemaah

Sesi Resolusi

Game

Selesai Program AHLAN kami mengambil gambar sebagai kenang-kenangan..














Sekian.. Terima Kasih  ^ ^ 






Read More »

Friday, 15 November 2013

SEBAIK-BAIK ILMU IALAH ILMU YANG DIAMALKAN.....

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Lafaz basmalah pembuka bicara, merapatkan ukhuwah antara kita...

Sebelum memanjangkan kalam, pihak kami ingin memohon maaf atas kelewatan dalam meng'update' post pada kali ini.

Tanggal 25 0ktober 2013 bersamaan dengan hari Jumaat telah diadakan satu Bengkel Pengurusan Sembelihan hasil  kerjasama antara pelajar APIDS dan pelajar Asasi Pengajian Islam (API).

Program bermula pada jam 9.00 pagi dengan taklimat ringkas tentang kaifiat sembelihan daripada Prof. Madya Dr. Syukeri b. Mohamad. Kami semua berkobar-kobar dan bersemangat untuk laksanakan praktikal sembelihan setelah kami pelajari bab ini pada semester satu yang lalu.


                                                       
                                                   Ustaz Syukeri memberi taklimat kepada pelajar.


Selesai taklimat, tibalah saat yang paling kami nantikan iaitu mempraktikkan ilmu yang dipelajari! Kami semua bergegas ke padang yang terletak di belakang courtyard. Di sana, Ustaz Syukeri menunjukkan demonstrasi untuk menyembelih ayam yang betul. Bak kata ustaz, teknik memegang dan menyembelih ayam mestilah betul supaya urat mari' dan halkum akan putus sewaktu sembelihan dilakukan.






Setelah 45 ekor ayam selamat disembelih, kini tibalah masanya untuk kami memproses, mencuci , memotong serta memasak ayam dengan sendiri.


Khusyuknya mencabut bulu ayam!




Bersedia untuk mencelur ayam!



Ayam yang telah dicelur dicabut bulunya.



Bertungkus- lumus memotong ayam.


Cili kering dikisar untuk memasak sambal...


Ayam yang tersedia untuk digoreng.

Goreng jangan tak goreng!

Akhir kalam, kami warga APIDS mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung kerana tanpa bantuan kalian , mana mungkin program ini akan terlaksana. Selain itu kami juga ingin memohon maaf andai berlaku kekurangan atau kecacatan sepanjang program sembelihan ini berlangsung dan kami berharap kita semua dapat memperoleh manfaat yang besar melalui bengkel sembelihan ini.

Bersama meraih redha-Nya.


Read More »

Saturday, 19 October 2013

A.P.I.D.S?



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmair Rahim

 InsyaAllah, post kali ini adalah khas untuk calon-calon SPM dan lepasan SPM.
Post ini akan menerangkan serba sedikit tentang APIDS. Semestinya kebanyakan lepasan SPM akan tercari-cari bidang apa, IPT mana yang sesuai untuk menyambung pelajaran. Dan bagi yang memohon Asasi Pengajian Islam Dan Sains pasti inginkan pencerahan dan keterangan tentang program asasi ini. Bagi yang belum memohon mana-mana program pasti ingin menyelidik setiap program sebelum memilih mana-mana program. Maka, kami berbesar hati untuk berkongsi beberapa maklumat tentang APIDS dengan kalian. Diharap, post yang simple ini dapat membantu sedikit sebanyak. InsyaAllah. Selamat membaca! 

 


Apa itu APIDS?


APIDS ialah singkatan kepada Asasi Pengajian Islam Dan Sains yang ditawarkan di Universiti Malaya. 






Sejarah APIDS


Bermula sesi 2003/2004, Program Integrasi APIUM sekali lagi diubah kepada Program Asasi yang menawarkan program Asasi Syariah, Asasi Usuluddin, Asasi Pendidikan Islam dan Asasi Pengajian Islam dengan Sains.



Mulai sesi 2013/2014 pula, Program Asasi di APIUM sekali lagi diubah kepada Program Asasi Pengajian Islam dan Asasi Pengajian Islam Dan Sains. Program Asasi ini merupakan program persediaan bagi pelajar sebelum melanjutkan pengajian di APIUM Kuala Lumpur.




Tempoh Pengajian APIDS


Program Asasi Pengajian Islam Dan Sains dijalankan secara sepenuh masa dan keperluan kredit adalah sebanyak 73 kredit dengan tempoh pengajian selama 2 tahun (4 semester biasa). Asasi Pengajian Islam Dan Sains dilaksanakan di kampus Nilam Puri selama 2 semester dan 2 semester lagi akan dijalankan di kampus induk Kuala Lumpur.




Kursus APIDS




Subjek di kampus Nilam Puri:

·         Foundation English I

·         Foundation English II

·         Foundation English III

·         Qawaid al-Lughah al-‘Arabiyah

·         Maharah al-Kitabah

·         Maharah al-Kalam

·         Al-‘Arabiyah lil ‘Ulum wa al-Tiknulujiya

·         Al-Balaghah

·         At-Tasawwur al-Islami

·         Madkhal al-‘Aqidah al-Islamiyah

·         Ulum al-Quran wal Hadith

·         Usul Syariah

·         Praktikal Ibadat

·         Ahadith Mukhtarah

·         Fiqh Sirah

·         Fann at-Tajwid wa Tilawah I

·         Fann at-Tajwid wa Tilawah II




Subjek di kampus induk Kuala Lumpur
·         Algebra & Geometri

·         Kalkulus

·         Algebra & Kalkulus

·         Statistik & Kebarangkalian

·         Teknologi Maklumat

·         Kimia Asas 1

·         Kimia Asas 2

·         Kimia Asas 3

·         Kimia Asas 4

·         Biologi Sel*

·         Pembiakan, Ekologi & Perkembangan*

·         Organisma*

·         Fisiologi Organisma*

·         Genetik & Teknologi DNA*

·         Sains Komputer 1+

·         Sains Komputer 2+

·         Fizik Asas 1+

·         Fizik Asas 2+

·         Fizik Asas 3+

·         Fizik Asas 4+


+ Untuk pelajar pengkhususan Sains Fizikal

*Untuk pelajar pengkhususan Sains Hayat





Syarat Kelayakan APIDS






Program APIDS hanya ditawarkan kepada pelajar aliran Sains.



Mendapat kepujian dengan Gred B pada peringkat
SPM dalam mata pelajaran Bahasa Arab; 

dan 

Mendapat kepujian dengan Gred A pada peringkat SPM dalam salah SATU (1) mata pelajaran berikut:
 Pendidikan Islam
 Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
 Pendidikan Syariah Islamiah
 Tasawwur Islam 

dan 

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian Gred B
pada peringkat SPM dalam mata pelajaran
Matematik atau Matematik Tambahan; 

Dan 

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian dengan Gred B pada peringkat SPM dalam mana-mana DUA (2) mata pelajaran berikut:
 Fizik
 Kimia
 Biologi
 Matematik Tambahan
 Sains
 Sains Pertanian
 Teknologi Maklumat
 Geografi 

dan 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris 

dan 

Lulus Temuduga.






Kelayakan Kemasukan ke Program Ijazah Pertama di Universiti Malaya



(a) Pelajar Asasi akan ditawarkan ke program Ijazah Pertama apabila telah selesai 73 jam kredit bagi pelajar Asasi Pengajian Islam Dan Sains dalam tempoh yang ditetapkan.



(b) Pelajar Asasi Pengajian Islam dan Asasi Pengajian Islam Dan Sains hanya akan disalurkan kepada Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya sahaja.



(c) Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET) dan mencapai sekurang-kurangnya Band 3.























Read More »