Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmair Rahim
InsyaAllah, post kali ini adalah khas untuk calon-calon SPM dan lepasan SPM.
Post ini akan menerangkan serba sedikit tentang APIDS. Semestinya kebanyakan lepasan SPM akan tercari-cari bidang apa, IPT mana yang sesuai untuk menyambung pelajaran. Dan bagi yang memohon Asasi Pengajian Islam Dan Sains pasti inginkan pencerahan dan keterangan tentang program asasi ini. Bagi yang belum memohon mana-mana program pasti ingin menyelidik setiap program sebelum memilih mana-mana program. Maka, kami berbesar hati untuk berkongsi beberapa maklumat tentang APIDS dengan kalian. Diharap, post yang simple ini dapat membantu sedikit sebanyak. InsyaAllah. Selamat membaca!
Apa itu APIDS?
APIDS
ialah singkatan kepada Asasi Pengajian Islam Dan Sains yang ditawarkan
di Universiti Malaya.
Sejarah APIDS
Bermula sesi
2003/2004, Program Integrasi APIUM sekali lagi diubah kepada Program Asasi yang
menawarkan program Asasi Syariah, Asasi Usuluddin, Asasi Pendidikan Islam dan
Asasi Pengajian Islam dengan Sains.
Mulai sesi 2013/2014 pula, Program Asasi di APIUM
sekali lagi diubah kepada Program Asasi Pengajian Islam dan Asasi Pengajian
Islam Dan Sains. Program Asasi ini merupakan program persediaan bagi pelajar
sebelum melanjutkan pengajian di APIUM Kuala Lumpur.
Tempoh
Pengajian APIDS
Program
Asasi Pengajian Islam Dan Sains dijalankan secara sepenuh masa dan keperluan
kredit adalah sebanyak 73 kredit dengan tempoh pengajian selama 2 tahun (4
semester biasa). Asasi Pengajian Islam Dan Sains dilaksanakan di kampus Nilam
Puri selama 2 semester dan 2 semester lagi akan dijalankan di kampus induk
Kuala Lumpur.
Subjek
di kampus Nilam Puri:
·
Foundation English I
·
Foundation English II
·
Foundation English III
·
Qawaid al-Lughah al-‘Arabiyah
·
Maharah al-Kitabah
·
Maharah al-Kalam
·
Al-‘Arabiyah lil ‘Ulum wa
al-Tiknulujiya
·
Al-Balaghah
·
At-Tasawwur al-Islami
·
Madkhal al-‘Aqidah al-Islamiyah
·
Ulum al-Quran wal Hadith
·
Usul Syariah
·
Praktikal Ibadat
·
Ahadith Mukhtarah
·
Fiqh Sirah
·
Fann at-Tajwid wa Tilawah I
·
Fann at-Tajwid wa Tilawah II
Subjek di kampus induk Kuala Lumpur
·
Algebra & Geometri
·
Kalkulus
·
Algebra & Kalkulus
·
Statistik & Kebarangkalian
·
Teknologi Maklumat
·
Kimia Asas 1
·
Kimia Asas 2
·
Kimia Asas 3
·
Kimia Asas 4
·
Biologi Sel*
·
Pembiakan, Ekologi &
Perkembangan*
·
Organisma*
·
Fisiologi Organisma*
·
Genetik & Teknologi DNA*
·
Sains Komputer 1+
·
Sains Komputer 2+
·
Fizik Asas 1+
·
Fizik Asas 2+
·
Fizik Asas 3+
·
Fizik Asas 4+
+ Untuk pelajar
pengkhususan Sains Fizikal
*Untuk pelajar
pengkhususan Sains Hayat
Program
APIDS hanya ditawarkan kepada pelajar aliran Sains.
Mendapat
kepujian dengan Gred B pada peringkat
SPM dalam
mata pelajaran Bahasa Arab;
dan
Mendapat
kepujian dengan Gred A pada peringkat SPM dalam salah SATU (1) mata
pelajaran berikut:
Pendidikan Islam
Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
Pendidikan Syariah Islamiah
Tasawwur
Islam
dan
Mendapat
sekurang-kurangnya kepujian Gred B
pada
peringkat SPM dalam mata pelajaran
Matematik
atau Matematik Tambahan;
Dan
Mendapat
sekurang-kurangnya kepujian dengan Gred B pada peringkat SPM dalam
mana-mana DUA (2) mata pelajaran berikut:
Fizik
Kimia
Biologi
Matematik Tambahan
Sains
Sains
Pertanian
Teknologi Maklumat
Geografi
dan
Mendapat
sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat SPM dalam mata pelajaran
Bahasa Inggeris
dan
Lulus Temuduga.
Kelayakan Kemasukan ke Program Ijazah Pertama di Universiti
Malaya
(a)
Pelajar Asasi akan ditawarkan ke program Ijazah Pertama apabila telah
selesai 73 jam kredit bagi pelajar Asasi Pengajian Islam Dan Sains dalam
tempoh yang ditetapkan.
(b)
Pelajar Asasi Pengajian Islam dan Asasi Pengajian Islam Dan Sains hanya
akan disalurkan kepada Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya sahaja.
(c) Telah
mengambil Malaysian University English Test (MUET) dan mencapai sekurang-kurangnya
Band 3.
|