Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Lafaz basmalah pembuka bicara, merapatkan ukhuwah antara kita...
Sebelum memanjangkan kalam, pihak kami ingin memohon maaf atas kelewatan dalam meng'update' post pada kali ini.
Tanggal 25 0ktober 2013 bersamaan dengan hari Jumaat telah diadakan satu Bengkel Pengurusan Sembelihan hasil kerjasama antara pelajar APIDS dan pelajar Asasi Pengajian Islam (API).
Program bermula pada jam 9.00 pagi dengan taklimat ringkas tentang kaifiat sembelihan daripada Prof. Madya Dr. Syukeri b. Mohamad. Kami semua berkobar-kobar dan bersemangat untuk laksanakan praktikal sembelihan setelah kami pelajari bab ini pada semester satu yang lalu.
Ustaz Syukeri memberi taklimat kepada pelajar.
Selesai taklimat, tibalah saat yang paling kami nantikan iaitu mempraktikkan ilmu yang dipelajari! Kami semua bergegas ke padang yang terletak di belakang courtyard. Di sana, Ustaz Syukeri menunjukkan demonstrasi untuk menyembelih ayam yang betul. Bak kata ustaz, teknik memegang dan menyembelih ayam mestilah betul supaya urat mari' dan halkum akan putus sewaktu sembelihan dilakukan.
Setelah 45 ekor ayam selamat disembelih, kini tibalah masanya untuk kami memproses, mencuci , memotong serta memasak ayam dengan sendiri.
|
Khusyuknya mencabut bulu ayam! |
|
Bersedia untuk mencelur ayam! |
|
Ayam yang telah dicelur dicabut bulunya. |
|
Bertungkus- lumus memotong ayam. |
|
Cili kering dikisar untuk memasak sambal... |
|
Ayam yang tersedia untuk digoreng. |
|
Goreng jangan tak goreng!
Akhir kalam, kami warga APIDS mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung kerana tanpa bantuan kalian , mana mungkin program ini akan terlaksana. Selain itu kami juga ingin memohon maaf andai berlaku kekurangan atau kecacatan sepanjang program sembelihan ini berlangsung dan kami berharap kita semua dapat memperoleh manfaat yang besar melalui bengkel sembelihan ini.
Bersama meraih redha-Nya.
|