Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Rasanya sudah lama blog ni dibiarkan berhabuk dan bersawang.
Jadi, entri kali ini mengisahkan perjalanan kami, warga APIDS batch ke-12
mengorak langkah sebagai ‘abid-Nya dalam menempuhi kehidupan yang penuh cabaran di Universiti Malaya Kuala Lumpur.
Tanggal 25 Mei 2014 menjadi detik bersejarah buat kami
menjejakkan kami di bumi ini. Minggu Haluan Siswa (MHS) selama seminggu itu
terasa singkat sekali. Rasa sangat bersyukur ditempatkan dalam course ini.
Sepanjang MHS, senior2 sanggup korbankan cuti mereka
semata-mata ukhuwwah fillah ini. Senior2 di Akademi Pengajian Islam (API) juga
tak lepaskan peluang untuk menyambut
kami yang masih setahun jagung ini.Terasa seperti sebuah
keluarga besar di sini walaupun jauh di perantauan. Di UMKL, keluarga APIDS
bergabung dengan Lajnah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (SMPIS)/ Sarjana
Muda Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat (SMPITM). Dulu, lajnah ini digelar Lajnah
SGPI/ASIS/APIDS. Namun, disebabkan kami batch pertama yang ditukar syllabus,
maka, nama lajnah pun ditukar. MHS kali ni
sangat seronok sebab senior dari API berkongsi pengalaman belajar mereka semasa belajar
di Pusat Asasi Sains UM (PASUM) dan tips2 utk cemerlang dalam pengajian di
PASUM ini.
Dalam lajnah ini, kita ada penyelaras program iaitu Prof.
Madya Datin Dr. Noor Naemah bt. Abdul Rahman . Beliau seorang yang bersifat
keibuan dan sangat mudah didekati. Tak lupa juga kepada Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen bin Shaikh Mohd Salleh selaku pensyarah dan pakar
perunding SGPI yang sgt komited dan prihatin terhadap para pelajarnya.
Prof. Madya Datin Dr. Noor Naemah bt. Abdul Rahman |
Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen bin Shaikh Mohd Salleh |
Dalam
keluarga besar ini, pelbagai program dianjurkan bagi merapatkan ikatan antara batch. Antaranya ialah Hari Interaksi di mana semua
batch berkumpul dan membuat aktiviti
bersama-sama. Selain itu, trdapat juga Hari Graduan, Memorizing Iftor of The
Heart (MIFTAH), Malam Apresiasi ASIS dan Program AHLAN ( A
Harmonious Linkage Among Novices ), khas buat adik2 APIDS yang berada di Nilam
Puri. Dalam program AHLAN ini, pelajar APIDS tahun ke-2 di UMKl akn turun
padang ke UM Nilam Puri untuk bertemu adik2 dan memberikan gambaran selepas meninggalkan
Nilam Puri nanti.
Di sini, ingin saya titipkan pesanan2 drpd pensyarah2 dan
senior2 sepnjang MHS buat renungan kita bersama.
- · Laksanakan amanah ibu bapa kepada kita, iaitu utk menuntut ilmu di sini. Kebanyakan pelajar mengalami ‘culture shock’ yang akhirnya merugikan diri sendiri. Moga-moga Allah memelihara kita.
- · Kehidupan di UMKl jauh sekali bezanya dengan Nilam Puri.
- · Ingatlah bahawa yang perlu dicari itu adalah ilmu, jodoh sudah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
- · Jagalah adab dengan semua, tak kira sama ada adab dengan Allah, ibu bapa, pensyarah, kawan2 dan orang sekeliling kita krn keberkatan adalah benda yang kita tak nmpak, tp, kesannya sangat besar!
- · Jangan rendah diri, tapi rendahkanlah hati.
- · Banyakkan berdikari. Sedarlah bahawa kita bukan lagi murid sekolah rendah yang menunggu utk disuapkan.
- · Tahu priority sesuatu kerja.
- · Good in time management.
- · Jangan pendamkan masalah sendiri. Berceritalah pada org lain.
- · Buatlah sesuatu yg melangkaui 4K, kuliah, katil,kafe dan computer.
- · Pastikan kaedah belajar anda sesuai dengan pembelajaran di university.
- · Jangan jadikan sekularisasi dalam diri kita. Apabila anda melihat mikrob di bawah mikroskop, ketahuilah bahawa sebenarnya anda sedang melihat kebesaran dan keagungan Allah S.W.T.
Hanya sekadar ini sahaja yang mampu saya kongsikan pada kali
ini. Saya mohon maaf andai kata-kata saya mengguris hati mana-mana pihak. Jika
ada sebarang komen atau pertanyaan boleh dipostkan di ruangan komen di bawah.