Kredit foto: Pautan |
21 Februari 2016 (Ahad)
Bayu semester kedua bagi sesi 2015/2016 menderu laju, menghembus sesiapa saja yang berada di laluannya pada pagi Ahad yang cerah itu. Para penuntut sarjana muda Universiti Malaya (UM) dari seluruh pelusuk Malaysia kelihatannya sudah bersiap sedia (atau mungkin buat-buat sedia) untuk kembali ke alma mater terulung nasional pada hari yang berbahagia tersebut. Ada juga yang telah sedari awal berada di bumi varsiti bertuah itu beberapa hari sebelum tarikh yang ternukil atas beberapa faktor - menjalani latihan Festival Seni (FESENI) UM, sengaja pulang awal, dan pelbagai lagi asbab lain.
Namun, di celahan kelompok mahasiswa pelbagai rencam dan ragam itu, kelihatan mahasiswa tahun pertama Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains / Teknologi Maklumat (SMPIS/TM Gen-12) turut menyertai ekspedisi kembali ke bahtera ilmu bagi meneruskan pelayaran menuju ke destinasi yang tiada penghujung.
Eh, siapa pula SMPIS/TM Gen-12 ini? Apa kaitannya dengan makalah ini?
Oh, maafkan kami! Terlupa pula untuk memperkenalkan diri. *sengih*
Ya, kamilah yang dahulu dikenali sebagai pelajar Asasi Pengajian Islam dan Sains (APIdS) sesi 2013/2015. Alhamdulillah, setelah dua tahun alam asasi dilalui dengan penuh suka dan duka, tangis dan tawa, kini kami berjaya melangkahkan kaki dengan penuh bangga sebagai mahasiswa SMPIS/TM Gen-12, oh yeah! *sorakan dan tepukan gemuruh*
Tidak cukup korum sebenarnya ahli kami dalam gambar ini |
Walau bagaimanapun, daripada jumlah kami sebanyak 37 orang yang berjaya menamatkan program asasi sehingga ke Pusat Asasi Sains UM (PASUM), hanya 29 orang sahaja yang kekal bertahan dalam program dwikursus major ini. Selebihnya memilih untuk mengambil jurusan Pengajian Islam penuh dan ada juga yang tidak menyambung pengajian di UM. *kesat air mata*
Kami telah pun mendaftar masuk untuk semester pertama pada 30 Ogos 2015 yang lalu. Daripada 29 orang, kami memilih bidang pengkhususan yang sebati dengan diri dan jiwa masing-masing:
- Sains dan Pengurusan Alam Sekitar (SPAS): 5 orang
- Bioteknologi: 7 orang
- Genetik dan Biologi Molekul: 1 orang
- Sains Biokesihatan: 7 orang
- Fizik: 7 orang
- Teknologi Maklumat: 2 orang
Begitulah serba-sedikit kisah kami yang sangat istimewa ini. Mana mungkin tidak istimewa, dah kami memang istimewa. Orang putih bilang "special". Orang Melayu yang acah-acah orang putih pula sebut "spesel". Konon hipsterlah itu. Ok, mengarut.
23 Februari 2016 (Selasa)
"Sesiapa yang berkelapangan pada pukul 10 pagi esok, sila hadir ke taklimat Jalinan Masyarakat (JM) esok di Dewan Kuliah Utama (DKU). Terima kasih."
Suatu mesej daripada Timbalan Presiden SMPIS/TM Gen-12 menyinggah masuk ke dalam kumpulan WhatsApp kami. Ya, itu dia, subjek yang berkod GIG1005 - Jalinan Masyarakat. Kami sudah sedia maklum akan Kursus Wajib Universiti yang perlu diambil pada semester kedua ini semenjak semester lepas lagi - atau lebih tepat - semenjak zaman asasi lagi, hasil jasa baik para senior dan pensyarah kami daripada lajnah Sains Gunaan dengan Pengajian Islam (ASIS) yang bercerita perihal JM ini.
Jadi, sebarang rasa terkena kejutan elektrik atau panahan petir oleh sebab taklimat JM ini langsung tidak berlaku dalam kalangan kami. Alhamdulillah untuk itu.
Eh, sebentar! JM atau Jalinan Masyarakat ini sebenarnya apa?
Haaa, mari sini, mari duduk rapat-rapat, biar kami jelaskan kepada anda. JM seperti yang telah disebut di atas merupakan salah satu Kursus Wajib Universiti yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran UM bertujuan untuk mendidik para mahasiswa UM agar dapat menjalankan program atau aktiviti yang berhasil menyumbang sesuatu yang bermanfaat kepada komuniti di luar sana. Mahasiswa diperingatkan supaya segala teori yang telah disuap ketika di dalam kuliah bukan hanya sekadar dimuntahkan kembali ketika di dalam dewan peperiksaan sahaja, tetapi perlu juga melihat kepada skop yang lebih luas. Ilmu yang dituntut jika hanya disimpan untuk diri sendiri namun tidak membawa faedah kepada orang lain, tetap tiada gunanya jua. Bak kata pepatah Arab: Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. *pandang ke atas langit*
Subhana Allah, berapa ramai orang yang sedang membaca artikel ini?

24 Februari 2016 (Rabu)
Maka alkisahnya, kesimpulan ringkas yang dapat diproses daripada taklimat JM pada hari ini ialah:
- Tiada kuliah.
- Boleh dibuat di mana-mana walaupun tempat yang sama pernah dilawati oleh jabatan lain dalam Akademi Pengajian Islam UM (APIUM) untuk mewujudkan jalinan.
- Pelaksanaan (80 jam / 2 jam kredit):
- Taklimat bersama penyelaras.
- Persediaan aktiviti - mesyuarat, model umum, penubuhan organisasi.
- Pelaksanaan aktiviti dan penyediaan laporan:
- Laporan ditulis di dalam blog (macam yang sedang kami buat ini, heh).
- Masa program:
- 3 hari 2 malam atau 2 hari 1 malam untuk program bermalam.
- 5 kali lawatan untuk program harian.
- Pembentangan laporan dengan penyelaras kami, Dr Madiha binti Baharuddin.
Insya-Allah, nantikan sambungan kisah kami dalam pos yang akan datang :)
---
Ahmad Muhaimin bin Ahmad Safaruddin
Divisi Multimedia dan Publisiti,
ASIS On Charity 2016.
No comments:
Post a Comment