Wednesday 11 May 2016

Jalinan Masyarakat: Refleksi #5



Dua Dunia
Oleh: Syazwani Teh binti Asmadi


Di saat warga kota sedang menikmati hujan di rumah pada malam hari ,
Sedangkan gelandangan sibuk mencari tempat berteduh daripada tempiasnya hujan.

Di saat seisi rumah sedang diulit mimpi indah dek kesejukan melanda diri,
Para gelandangan sedang menanti bilakah hujan berhenti kerana tiada apa yang bisa membaluti diri.

Di saat orang lain tidur nyenyak di katil dan tilam yang empuk,
Mereka gelandangan terpaksa menahan gigitan-gigitan nyamuk serta serangga yang entah datang dari mana turut berlindung di tempat yang sama .

Manusia bersyukurlah dengan apa yang ada,
Jangan kau bongkak dan memandang hina terhadap gelandangan seperti mereka. Kerana mereka juga manusia biasa ...


JM Terakhir!
Oleh: Nur Azmina bt. Azlin


Perasaan. Tiba je tempat kejadian. Keluar kereta terus Nampak ada beberapa kotak atau longgok baju-baju terpakai yang masih elok. Cuma, terpinga seketika macam mana cara nak bagi pakaian-pakaian tu pada gelandangan yang ada. Sebab lain orang lain saiz so macam mana nak suruh diorang pilih saiz. tak tercapai dek akal. So aku pun lari la daripada mengagihkan baju-baju tu dan beralih ke tugasan yang lebih mudah. Cepat-cepat aku mengambil kit kebersihan banyak-banyak pada Intan. itu lebih mudah kerana hanya tinggal bagi.

Ketika berjalan sekeliling sambil memberi kit kesihatan tu, takut sebenarnya menyelubungi diri.. Muka gangster pun ada,yang banyak cakap pun ada. Tu yang lelaki la. So memang tak de lah ramahkan diri just cuba untuk berjaga-jaga . Perempuan sepanjang perjalanan hanya jumpa dua orang, sorang mengandung sorang lagi makcik dah la nampak gayanya.

Tak sampai sejam kit kebersihan habis, maka tamatlah program ini disusuli hujan yang sangat lebat. Dan kawan-kawan berjaya je bagi baju-naju tu. Hebat mereka. Tahniah. Huhu

Sampai tempat berkumpul tu ada 3 orang gelandangan yang berdiri dan pandang tak puas hati je kat kami.. Takut ooo... Mungkin kami bising kot. Ganggu dia nak tidur, Maaf..

Tujuan kami hanya untuk membantu. :)
Moga mereka akan mendapatkan kehidupan yang lebih baik dunia dan akhirat.




Syukur
Oleh: Noor Najihah Binti Ibrahim


10 Mei 2016 merupakan hari terakhir bagi program ASIS ON CHARITY di bawah subjek Jalinan Masyarakat. Pelbagai perasaan muncul dalam diri ini yang tidak dapat digambarkan kesemuanya. Sedih, penat, gembira dan bersyukur datang silih berganti kerana akhirnya program yang dirancang dari awal semester akhirnya berjaya melabuhkan tirai. Sepanjang program berlangsung, bermacam-macam perkara berlaku yang banyak meninggalkan kesan kepada kami semua terutamanya apabila melihat golongan yang kurang bernasib baik daripada kami. Mengulas tentang aktiviti terakhir kami iaitu Homeless 2.0, alhamdulillah kerana kami mendapat banyak sumbangan pakaian daripada pihak luar untuk diagihkan kepada golongan gelandangan yang ada di kawasan sekitar Masjid Jamek Kuala Lumpur. Kit-kit kebersihan juga diedarkan kepada mereka. Untuk aktiviti kali ini, kami bergerak secara sendiri iaitu akhowat menaiki kereta sewa, manakala ikhwah pula menaiki motorsikal masing-masing. Walaupun berlaku sedikit masalah pada awalnya dengan ada kereta yang tersesat dan cuaca yang hujan pada malam itu melambatkan sedikit pergerakan kami, tapi bersyukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya kami semua menyempurnakan kelima-lima program ASIS ON CHARITY ini. Pengalaman yang kami dapat kali ini sukar dicari. Semoga aktiviti-aktiviti kebajikan yang dijalankan bukanlah terhenti di sini sahaja. Sekian


No comments:

Post a Comment