Wednesday 11 May 2016

Jalinan Masyarakat #5 - Homeless 2.0



Dan akhirnya, siri AOC kita yang terakhir!


ASIS On Charity #5:
Bantuan Gelandangan, Sekitar Masjid Jamek



Siri Jalinan Masyarakat kami yang terakhir ini lain benar rasanya. Mungkin sebab ia yang terakhir. Tak pasti mana satu yang lebih menguasai, sedih sebab bakal berakhir, atau gembira kerana akhirnya ia akan berakhir? Haha k sambung

Seperti yang dirancang (seperti biasa juga, anjak antara 15 hingga 20 minit bagi masa yang diberi dalam tentatif - istighfar sahabat-sahabat), kami seramai 29 orang berjaya berkumpul di Kolej Kediaman Kelima bagi memulakan konvoi terakhir kami!

Malam yang dingin, sangat sesuai untuk berehat-rehat. Mungkin kerana itu jugalah, perjalanan konvoi kami lebih berliku berbanding biasa. Ya, tepat 11.05 malam, 4 buah kereta yang dinaiki akhawat dan 5 buah motosikal yang ditunggang ikhwah bergerak menuju destinasi. 

Tersilap masuk jalan, berhenti di tepi jalan beberapa kali untuk menunggu kereta yang lain, sibuk telefon dan whatsapp kereta di hadapan supaya memperlahankan kenderaan, sempat juga bergaduh manja supaya lebih cakna dengan kedudukan masing-masing, salah faham yang banyak tentang nak berhenti isi minyak atau tak lah, nak kumpul mana pun keliru, dan akhirnya kami selamat tiba di destinasi pada pukul 11.25 malam dalam suasana yang sangat sejuk.. ya, hujan! Hujan luar dan dalam. Dalam hati pun hujan XD

(Sengaja saya bercerita tentang segala-gala yang kecil dan remeh. Kenapa? Sebab saya yang tulis.)

Menunggu seketika untuk sebuah lagi kereta yang sempat pergi shopping sebelum memulakan misi Homeless kita. (K gurau bukan shopping. Jalan-jalan sikit je.) 

Tepat jam 11.45 malam, Saudara Hussin si timbalan pengarah yang super duper hebat memberi sedikit taklimat penerangan mengenai perjalanan program pada malam tersebut. Saudara berkenaan beri penerangan sahaja, kit kesihatan dan pakaian diuruskan oleh ahli-ahli lain yang diketuai oleh Unit Pengisian. Viral mesej hingga 1Malaysia tahu. Sumbangan pakaian datang dari 1Malaysia. Prihatin betul masyarakat kita kan? Agak-agak sebab apa? Sebab.. kita satu bangsa kita satu negara.. kita satu matlamat..woo..

Ok boleh berhenti menyanyi. 

11.55 malam. Misi bermula!

Hujan yang lebat, malam yang sangat sejuk, kami bergerak perlahan (kadang-kadang terborak dan gelak kuat jugalah) menuju para gelandangan yang kebanyakannya sudah melelapkan mata. Kit-kit kesihatan diedar, pakaian-pakaian cuba kami agih dan dapatkan saiz yang sesuai dengan mereka yang ada di sana. 

Masha Allah, dalam riang gelak tawa kami, dalam hati terselit rasa insaf dan syukur yang teramat pabila membandingkan kehidupan kami dengan mereka. Suasana yang sejuk, hujan lebat, air mengalir dan tempias merata-rata, tanpa teduhan dan dinding, tanpa selimut dan bantal, hanya ada kotak yang dijadikan alas, dan Tuhan yang sentiasa ada, apa lagi yang tersisa buat mereka?

Tiada. 

Sesekali datang bantuan dari insan sekeliling yang mencuba membantu meringankan beban. Memberi makanan, kadang kala pakaian, kadang kala peralatan, tetapi yang sentiasa ada? 

Tiada. Selain Dia, tiada.

Misi ini juga sekali sahaja kami adakan. Tidak dapat merubah banyak dalam kehidupan mereka.
Cukuplah sekali untuk menginsafi diri. 
Cukuplah sekali untuk membukti diri masih punya rasa.
Cukuplah sekali untuk memberi bahagia walau sedikit, 
kepada yang tetap bahagia walau tanpa kita.

Kerana sebenarnya yang lebih memerlukan itu ialah kita.

Kita perlukan jiwa yang lebih bersyukur atas kehidupan seharian yang sangat baik. 
Jiwa yang lebih lunak memerhati kesusahan yang lain.
Jiwa yang lebih tabah mengharung kehidupan walau susah payah langkah diteruskan.
Jiwa yang lebih mengimani Dia Yang Maha Lembut dan Maha Perkasa.

Jikalau mereka boleh, mengapa kita tidak? :)

Hujan makin lebat, akhirnya pada pukul 1.30 pagi, kit-kit kesihatan berjaya diagihkan. Pakaian pula banyak yang berlebihan, banyak juga yang basah, para gelandangan juga ramai yang sudah melelapkan mata. Kami memutuskan untuk kembali berkumpul di tempat bermula tadi. 

Kali ini kami juga menunggu sebahagian yang lain yang tiba-tiba pergi shopping tanpa dapat dikesan keberadaannya. (K gurau bukan shopping. Jalan-jalan sikit je.)

Tidak banyak yang dapat kami lakukan ketika itu kerana faktor cuaca. Saya agak, kalau tidak hujan pada malam itu, mungkin pukul 3 pagi barulah kita akan pulang semula ke UM. Nak beri ucapan terima kasih lagi, nak tangkap gambar lagi, nak masukkan barang pun setahun, tak gitu kawan-kawan? Haha gurau. Kami ni produktif orangnya. 

Setelah mereka yang pergi shopping, (jalan-jalan maksud saya), tiba di tempat berkumpul, kami pun bergerak pulang ke UM tepat pada pukul 2 pagi.

5 buah motosikal, 4 buah kereta, jalan yang agak lengang dan hujan renyai yang masih belum reda, konvoi kami sangat 'cooooool' pada malam berkenaan. Sampai sekarang rasa sejuk hingga ke tulang hitam pabila teringatkan jalinan yang terjalin (memang lah jalinan - terjalin, aduh). 

Maksud saya, akhirnya program Jalinan Masyarakat kami berakhir jua pada pukul 2.25 pagi, ketika semua orang sudah selamat tiba di kolej (tidak termasuk membersihkan diri, mencari laptop yang hilang, dan ayat-ayat terima kasih dalam grup whatsapp, dan postmortem bersama penyelaras terhebat kami - why am I even telling this?!) 

Ya kawan-kawan... JM kita sudah berakhir !!!! Alhamdulillah!!!!


***


(Tapi waktu tu tak rasa merdeka sangat, sebab kita ada A Valour Of  Nectar lagi, do you even remember? Oh how time flies...)




2 comments:

  1. Bacaan kali rasa cam tengah makan nasi bukhari dan kurtuk daging. Setiap kunyahan tu,ada nikmat manis, masin dan rasa kelat2 rempah gitu. Selain itu, saya rasa cukup terhibur dengan istilah "shopping" dan bahagian tiba2 duk menyanyi, walaupun pada hari kejadian tiada seorang pun menyanyi.

    Apapun, tahniah semua atas sokongan dan jasa yang dicurahkan. Maaf kalau tersilap bash korang masa postmortem nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada yang terhibur. Susah juga nak menulis biar kasi terhibur ni. Ahaha.. terima kasih MT ! :)

      Delete